Jurugambar Alam Kongsi Foto Spesies Burung Yang Jarang Dijumpai

jurugambar alam spesies burung

Jurugambar Alam Kongsi Foto Spesies Burung Yang Jarang Dijumpai

Kecil, berkaki dua dan susah untuk ditangkap itu adalah penerangan yang menggambarkan spesies burung. Jarang sekali kita mengambil masa untuk menikmati keunikan dan keistimewaan burung susulan tidak berpeluang untuk melihatnya dengan jarak dekat.

Namun, bagi peminat burung jangankan hanya melihat spesies yang cantik sahaja tetapi dengar merdu kicauan burung sahaja membuatkan mereka tidak senang duduk untuk mencari dan merakam foto sebagai kenangan.

Misalnya, seperti seorang jurugambar alam, Muhamad Hud Zaqwan yang menjadi tidak keruan apabila mendengar bunyi kicauan burung lebih-lebih lagi apabila spesies itu adalah burung yang paling dicari selama bertahun.

Genap setahun berkecimpung dalam fotografi burung dan mempelajari tentang burung, Hud Zaqwan mengambil peluang berkongsi kepada umum berkenaan pengetahuan baru yang diperoleh termasuk hasil tangkapan yang diambil pada tahun 2023 di platform X.

Tidak dinafikan spesies burung yang ditangkap jarang sekali ditemukan walaupun ia berada di negara ini dan yang lebih mengejutkan jenis burung yang ditemui oleh Hud Zaqwan sememangnya banyak tidak terkira.

Kena ada ilmu, ketahui habitat burung

Kebiasaannya, penetapan lokasi untuk menangkap gambar adalah ditentukan berdasarkan jenis burung yang ingin dicari.

Bagaimanapun, hasil tangkapan foto juga bergantung kepada nasib jurugambar atau birders kerana terdapat kemungkinan besar burung itu tidak muncul pada hari kejadian.

Ketika ditemu bual Siakap Keli, Hud Zaqwan berkata birders mestilah mempunyai ilmu dalam mengenal pasti habitat burung sebelum pergi ke sesuatu lokasi kerana ia membantu proses penangkapan foto.

“Ilmu kena tahu kalau nak cari banyak spesies ialah kenali bunyi burung untuk tahu burung yang ada di sekitar kita.

“Kenali perangai burung sama ada jenis yang suka bermain di atas tanah, pokok atau jenis yang suka melakukan penyamaran.

“Perlu juga kenal jenis pokok buah yang burung suka makan. Kalau pokok berbuah, memang banyak spesies akan datang. Paling kurang lima hingga enam spesies burung boleh ditemukan,” katanya kepada Siakap Keli.

Pengalaman ubah kehidupan

Apabila ditanya berkenaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan Hud Zaqwan dengan tenang berkata sepanjang beliau menjadi birders ada beberapa kenangan atau pengalaman yang memberi kesan dalam hidupnya.

Jelasnya dengan gembira, kejadian yang berlaku tanpa sengaja itu kekal menjadi kenangan indah yang mengubah kegiatannya dalam menjadi birders.

Hud Zaqwan berkata selama empat tahun beliau menghabiskan masa mencari burung hantu kecil (collared owlet) yang aktif pada waktu siang dengan hanya bersaiz 15 hingga 17 centimeter.

Mengakui burung tersebut sukar untuk dirakam beliau tidak pernah berputus asa dan sebelum ini nyaris menjumpainya namun setelah dicari selama satu jam tiada hasil yang ditemukan.

BACA: Ingatkan Di Luar Negara Rupanya Gambar Burung Ini Di Malaysia Je

Bagaimanapun, pada Deepavali 2023 menjadi tarikh yang bermakna buat beliau dan pasukannya iaitu Afiq Rahman, Zulkiflee dan Aiq Sulaiman selepas mereka berjaya menemukan spesies yang jarang dijumpai itu.

“Kami pergi ke Fraser’s Hill dengan misi untuk mencari burung hantu kecil itu dengan harapan yang kosong namun apabila masuk ke dalam trail, bunyi kicauan burung itu semakin dekat.

“Tiba-tiba dengan jangkaan kosong itu, burung hantu kecil terbang ke pokok yang berada di atas kepala kami. Ia adalah pengalaman yang sangat bermakna kerana kami sendiri yang berjaya jumpa burung tersebut.

Gambar: Hud Zaqwan

Pengalaman lain yang beliau tidak dapat lupakan adalah apabila berhasil menangkap gambar enggang jantan menyuapkan makanan kepada gatal birah (black hornbill) betina di atas pokok.

Gambar di bawah menunjukkan hasil kerja Hud Zaqwan semasa kejadian enggang jantan menyuapkan makanan ke mulut enggang gatal birah betina.

Gambar: Hud Zaqwan

“Itu salah satu hasil kerja yang terbaik pernah saya hasilkan sebagai birders,” jelasnya.

Antara spesies burung lain yang ditemui oleh beliau ialah burung lang hindik (changeable hawk eagle), burung siam (black-headed bulbul), buff breasted babbler, burung kelicap sepah raja kesumba (crimson sunbird), crimson-breasted flowerpecker dan burung kelicap jantung kecil (little spiderhunter).

Gambar: Hud Zaqwan (burung siam (black-headed bulbul)
Gambar: Hud Zaqwan (burung kelicap sepah raja kesumba (crimson sunbird)
Gambar: Hud Zaqwan (burung kelicap jantung kecil (little spiderhunter)

Tidak hanya itu, Hud Zaqwan juga berpeluang untuk menangkap foto burung pekaka paruh pendek (strok-billed kingfisher), sambar kumbang padi (large niltava), takau rakit (black and red broadbill) dan banyak lagi.

Lihat perkongsian Hud Zaqwan berkenaan dengan hasil tangkapannya di bawah ini.

Sumber: @hudzaqwan92/X

The post Jurugambar Alam Kongsi Foto Spesies Burung Yang Jarang Dijumpai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*