Misteri Rangka Aneh Seperti ‘Facehugger’ Ditemui Di Pantai

Misteri Rangka Aneh

Misteri rangka aneh berupa “Facehugger from Alien” ditemui oleh seorang lelaki ketika berjalan di pantai Hampshire, England baru-baru ini, lapor The Mirror.

Lelaki berkenaan, Julis Barker berjalan bersama anjingnya di Gasport di pantai Hill Head dan Lee On Solent ketika kejadian berlaku.

“Anjing saya membuatkan saya tertanya-tanya apa bendalah sinar (cahaya terpantul) itu, jadi saya fikir itu hanyalah rangka ikan pari.

“Badan rangka tersebut kelihatan seperti tulang rawan. Kulit yang ditinggalkan sangat kecut dan kering,” katanya.

Misteri Rangka Aneh
Lredit: Julie Barker via The Mirror

Difahamkan, Barker telah mengambil gambar rangka tersebut dan memuat naik ke laman Facebook miliknya.

Disebabkan itu, pelbagai komen ditinggalkan oleh warganet dan ramai yang membuat spekulasi sendiri sehingga ada yang mengaitkannya dengan filem fiksyen sains yang mendatangkan watak facaehugger.

Dalam filem sains fiksyen, watak facehugger merupakan kitaran hidup Alien dan sepasang tangan rangka bercantum bersama dengan ekor seperti tulang belakang.

Sementara itu, ahli biologi marin di Isle of Wight Wildlife Trust, Dr Tim Ferrero tampil untuk menjelaskan sedikit info berkenaan rangka makhluk yang tular itu.

“Ia kelihatan seperti sisa ikan pari atau skate yang telah dimakan (atau dipotong) sayapnya.

“Tidak banyak yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ID (data) yang betul namun berdasarkan ekor, ia mungkin mempunyai tulang yang tidak sama dengan pari, jadi ini adalah skate,” jelasnya.

Sumber: The Mirror

The post Misteri Rangka Aneh Seperti ‘Facehugger’ Ditemui Di Pantai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*