“Unboxing” Samsung Galaxy S24, Pegang Je Dah Rasa Mahal

Umum tahu Samsung telah pun melancarkan siri terbaru mereka baru-baru ini. Kami akan memberikan anda beberapa input untuk pandangan pertama kami kepada salah satu siri yang dilancarkan iaitu Samsung Galaxy S24.

Pandangan pertama: Reka bentuk yang minimalis

Dengan kotak hitam minimalis, Samsung Galaxy S24 ini hadir dalam warna Amber Yellow, seakan warna kuning cair tapi dalam rona lembut, tidak begitu terang dan agak sesuai bagi pengguna wanita. 

Seperti biasa, isi dalam kotak disediakan alat pengekstrak SIM, beberapa dokumen; termasuk panduan dan kad jaminan serta kabel USB-C untuk pengecasan.

Daripada pandangan dan pegangan pertama, peranti ini masih sangat ringan, sedap dipegang (seperti kemasan matte satin), bersih dan minimalis. Daripada tepi kelihatan rata dengan separa bulat dibahagian bucu, ada yang berpendapat rasanya sama seperti memegang iPhone 15 Pro tetapi lebih ringan dan lebih nipis terutamanya dengan camera profile yang lebih slim. 

Tiga kamera vertikal  

Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera yang disusun secara vertikal.  Kamera Galaxy S24 dilengkapi dengan kamera utama 50MP F/1.8 dengan OIS dan autofocus, kamera ultra-lebar sekunder 12MP F/2.2, dan kamera telefoto 10MP F/2.4 dengan OIS dan zoom optik 3x, sementara bahagian depan mempunyai kamera selfie 12MP.

Fungsi kamera ini membolehkan pengambilan video sehingga 8K @ 30fps, zoom optik sehingga 3x, dan zoom digital sehingga 30x untuk gambar dan sehingga 12x untuk video dengan resolusi 4K, manakala video 8K mencapai zoom 5x. 

Tidak lagi menggunakan speaker grille biasa, reka bentuk speaker Galaxy S24 lebih kemas dengan hanya satu lubang berbentuk horizontal. Selain itu, Galaxy S24 menyokong perlindungan air sehingga 1.5 meter selama 30 minit dan debu. 

Display 

Beralih ke saiz skrin, saiz skrin Samsung Galaxy S24 lebih besar berbanding S23, daripada 6.1 inci kepada 6.2 inci dengan panel jenis Dynamic AMOLED 2x. Peranti ini juga memiliki level kecerahan (brightness) maksimum 2.600 nits, lebih terang daripadai skrin Samsung S23 (1.750 nits).

Peningkatan kecerahan baru ini membuatkan pengguna akan lebih selesa menggunakan peranti ini dibawah sinar matahari. Bahagian display dan backplate turut dilindungi oleh Gorilla Glass Victus 2.

Cip Exynos 2400, kelajuan CPU adalah 70% lebih cepat

Galaxy S24 menggunakan cip ciptaan Samsung sendiri, Exynos 2400 dengan 12GB RAM dan pilihan storan 256GB dan 512GB.  Berbanding dengan cip Exynos 2200 sebelumnya, Exynos 2400 telah membuat kemajuan yang ketara dalam prestasi pengkomputeran, dengan prestasi CPU mencapai 1.7 kali (naik 70%) dan prestasi AI meningkat dengan ketara kepada 14.7 kali!

Kehebatan cip baru ini membolehkan Galaxy S24 mengetengahkan fungsi-fungsi kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama Galaxy AI.  Fungsi-fungsi baharu ini bertujuan untuk memudahkan atau meringkaskan pelbagai kegunaan harian dalam telefon pintar anda, antaranya seperti:

  1. Bulatkan untuk cari dengan Google (Circle to Search with Google) – Apabil anda melihat sesuatu imej yang menarik perhatian dalam media sosial atau laman web dan ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya, anda boleh lukis sebuah bulatan mengelilingi imej tersebut dan Galaxy S24 akan terus mencari maklumat mengenainya.
  2. Pembantu panggilan (Call Assist)Jika anda membuat panggilan telefon dengan orang yang bercakap dalam bahasa berlainan, Galaxy AI boleh menterjemahkan suara orang tersebut secara langsung dengan fungsi Live Translate. Ia menyediakan penterjemahan dalam masa nyata (real time) bagi melancarkan perbualan di antara penutur bahasa yang berlainan.  Buat masa ini, ia hanya menyokong beberapa bahasa terpillih sahaja iaitu Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis, Korea, Jerman, Itali, Cina, Jepun, Hindi, Poland, Thai dan Vietnam.
  3. Pembantu menulis (Writing Assist) – Dengan fungsi Chat Translation, anda boleh berbalas mesej dengan orang yang menulis dalam bahasa berlainan dengan mudah. Galaxy AI juga boleh menterjemahkan mesej dengan lima tona yang berbeza iaitu Professional, Emoji, Casual (santai), Social dan Polite (beradab). Ia akan membantu anda menulis mesej paling sesuai sewaktu berinteraksi dengan pelbagai kumpulan berlainan seperti rakan-rakan karib, ahli keluarga atau kawan-kawan sekerja.
  4. Pembantu nota (Note Assist) – Fungsi Handwriting Auto Spacing & Alignment boleh menukarkan tulisan anda kepada teks secara automatik. Dengan fungsi Auto Format pula, ia juga akan menyusun teks anda dengan lebih baik, seperti mencipta tajuk dan menentukan perenggan secara automatik.
  5. Pembantu transkrip (Transcript Assist) – Berupaya menukarkan sebarang ucapan audio kepada format teks untuk dokumentasi yang lebih mudah. 
  6. Pembantu pelayar web (Browsing Assist) – Generative Wallpaper boleh janakan latar belakang dan tema berdasarkan kata kunci (prompt) yang ditaip oleh anda sendiri.  Lebih menarik, fungsi AI ini boleh menjana latar belakang yang baharu setiap kali anda membuka telefon.
  7. Suntingan gambar (Photo Editor) – Galaxy S24 boleh melakukan suntingan tambahan bagi mencantikkan gambar yang diambil dengan kameranya. (Edit suggestion)

Cukup sampai disini, nantikan ulasan penuh kami, sementara itu, Galaxy S24  masih boleh ditempah pra-tempahan menerusi laman web rasmi Samsung di https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24/buy/

The post “Unboxing” Samsung Galaxy S24, Pegang Je Dah Rasa Mahal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*