Model jelita enggan mengaku berasmara dengan Putera Harry

LONDON – Seorang model dikenali dengan nama Suzannah Harvey enggan memberitahu sama ada dia ialah wanita yang menyebabkan kerabat diraja Britain, Putera Harry kehilangan teruna, lapor portal berita The Sun semalam.

Wanita itu enggan memberikan penjelasan selepas Harry yang merupakan anakanda Raja Charles III, mendedahkan dalam buku memoirnya, Spare bahawa beliau hilang teruna kepada wanita lebih tua daripadanya ketika berumur 17 tahun di belakang sebuah pub di Sherston.

Ketika kejadian, Harvey ketika itu berumur 23 tahun tetapi kini dia sudah berusia 44 tahun.

Bagaimanapun, apabila didekati oleh wartawan Daily Mail di rumahnya di Cotswolds, kelmarin, model tersebut enggan mengesahkan sama ada dia yang menyebabkan putera tersebut kehilangan teruna.

Dia mendakwa teman lelakinya berada dalam SAS iaitu singkatan untuk Perkhidmatan Khas Udara yang merupakan sebahagian daripada tentera British dan model berkenaan memberitahu seorang wartawan untuk pergi dari rumahnya sebelum dia menghubungi polis.

Sebelum ini, aktres Britain terkenal, Elizabeth Hurley, 57, menafikan bahawa dia ialah wanita yang menyebabkan Putera Harry hilang teruna selepas khabar angin mengenainya mula bertiup kencang. – Agensi

The post Model jelita enggan mengaku berasmara dengan Putera Harry appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*