Model Tertua Di Dunia, Umur Dah Cecah 90an Tau!

Model Tertua Di Dunia, Umur Dah Cecah 90an Tau!

Kerjaya permodelan Carmen Dell’Orefice bermula pada umurnya 13 tahun. Pada waktu itu, dia telah didekati oleh isteri seorang jurugambar iaitu, Herman Landschoff.

Ketika itu juga, dia sedang berada di dalam sebuah bas untuk menuju ke kelas balet. Dia mendapati gambar yang diambil oleh mereka itu tidak mendatangkan hasil.

Tetapi, dua tahun selepas itu, mukanya terpampang di majalah Vogue buat pertama kalinya. Ini kerana pada ketika itu, dia telah menjadi model kegemaran, Erwin Blumfeld iaitu seorang jurugambar.

Pada tahun lepas, ketika umurnya 92 tahun, sekali lagi dia telah mempamerkan wajahnya di majalah Vogue Czechoslovakia sekali gus menjadikannya sebagai model tertua di dunia.

Gambar via Carmen Dell’Orefice

Kisah Hidup Carmen Dell’Orefice

Model ini membesar di New York bersama ibunya dan hidupnya pada ketika itu tidaklah senang. Keluarganya mempunyai masalah kewangan dan dia menyatakan bahawa dia kekurangan zat sehinggakan jurugambar perlu meletakkan pin pada pakaian yang diperagakan serta menyumbat tisu di bahagian pinggulnya.

Keluarganya juga tidak mempunyai telefon jadi pihak majalah Vogue perlu menghantar orang untuk memanggilnya untuk sesi photoshoot.

Pada waktu itu juga, kerjaya permodelannya tidak mencukupi untuk menampung keluarganya. Jadi, bersama-sama ibunya, mereka bekerja sebagai tukang jahit untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

Kehidupan peribadinya juga tidak indah. Pada awal tahun 1950, dia telah berkahwin dengan Bill Miles yang telah mengeksploitasi kerjaya permodelannya.

Lelaki itu hanya memberikannya 50 dolar (RM232.36) daripada hasil pendapatan milik Carmen sendiri. Mereka kemudiannya bercerai dan Carmen telah mengahwini seorang jurugambar, Richard Heimann.

Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Richard meninggalkannya apabila dia memutuskan untuk bersara daripada permodelan pada tahun 1958.

Kemudian, disebabkan keadaan kewangan yang tidak menentu, Carmen telah kembali ke dunia permodelan pada tahun 1978 dan dalam beberapa tahun, wajahnya mula terpampang kembali di muka depan majalah fesyen.

Sejak itu, dia telah bekerja keras dalam kerjayanya dan telah membintangi majalah-majalah, membuat iklan untuk kempen-kempen serta pemperagakan fesyen daripada pelbagai jenama.

Walaupun umurnya sudah mencecah tahap untuk dia bersara, namun Carmen tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia akan berhenti menjadi model.

“Semua lelaki dan wanita harus menjaga dan menyayangi diri mereka. Salah satu rahsia untuk mengekalkan kecantikan adalah melakukan apa yang anda akan lakukan untuk bayi.

“Menjaga dan menyayangi bayi itu. Itulah yang harus dilakukan untuk diri kita. Menjaga diri, menyayangi diri dan juga memberikan tenaga yang baik untuk diri sendiri,” kata Carmen dalam sebuah temubual.

Gambar via Carmen Dell’Orefice

Sumber: Oddity Central

BACA JUGA: Pemenang Golden Globe, Hayao Mizaki Dengan Filem The Boy And The Heron

The post Model Tertua Di Dunia, Umur Dah Cecah 90an Tau! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*