Monyet Pandai Buat Sistem “Barter”, Dapat Air Baru Bagi iPhone Semula

monyet sistem "barter"

Monyet Pandai Buat Sistem “Barter”, Dapat Air Baru Bagi iPhone Semula

Tidak dapat dinafikan bahawa haiwan mempunyai gelagat yang melucukan dan selalu menjadi salah satu sumber hiburan untuk manusia.

Monyet merupakan mamalia yang penuh ragam dan seringkali ditemui hidup berdekatan penempatan manusia. Selain itu, mereka juga merupakan haiwan yang nakal dan sering mengejutkan kita dengan tingkah laku mereka yang tidak dijangka.

Walaupun monyet sudah dikenali dengan sifat nakal yang sering membuat hal, namun perlu berhati-hati kerana mereka boleh menyerang dan bertindak ganas dalam sekelip mata.

Haiwan ini juga gemar merampas barang peribadi orang ramai yang sedang leka. Bergantung kepada mereka sama ada mahu pulangkan atau sebaliknya.

Menerusi satu video yang berlaku di Vrindavan, India, seekor monyet telah mencuri iPhone milik seorang lelaki dan apa yang berlaku seterusnya membuatkan orang ramai terhibur.

Video itu dimuat naik di Instagram oleh pemilik akaun @sevak_of_krsna dengan kapsyen ‘Monyet Vrindavan, iPhone dijual dengan Frooti’ pada 6 Januari lalu.

BACA: Monyet Rhesus Berjaya Diklon Oleh Saintis Di China

Rakaman video tersebut menunjukkan dua ekor monyet sedang duduk di atas bumbung, manakala salah seekor daripadanya memegang iPhone milik lelaki berkenaan.

Sementara itu, orang ramai kelihatan berkumpul untuk membantu lelaki itu mendapatkan telefonnya semula.

Tambahan pula, apa yang lebih melucukan apabila lelaki itu cuba berunding dengan monyet itu. Dia cuba membuat perjanjian dengan menawarkan sebotol ‘Frooti’ atau air berperisa mangga dengan membaling botol air berulang kali ke arah monyet tersebut.

Namun, sebaik sahaja monyet itu mengambil botol minuman, tiba-tiba salah seekor monyet menjatuhkan telefon manakala orang sekeliling dengan pantas menyambut telefon tersebut. Seterusnya, kedua-dua monyet itu berlalu pergi begitu sahaja.

BACA: (Video) Nampak Bersungguh-sungguh, Aksi Monyet ‘Buat Muka’ Bantu Potong Sayur Bikin Ramai Tergelak

Selain itu, video yang berdurasi selama 9 saat itu telah mendapat lebih 8.4 juta tontonan. Rata-rata komen memuji kepandaian monyet tersebut membuat ‘sistem barter’ ada juga berkongsi pengalaman mereka dengan monyet nakal.

Sumber: economictimes, sevak_of_krsna via Instagram

The post Monyet Pandai Buat Sistem “Barter”, Dapat Air Baru Bagi iPhone Semula appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*