Moto Hilang Kawalan, Penunggang Tercampak & Maut Dilanggar Kenderaan Lain

Moto Hilang Kawalan, Penunggang Tercampak & Maut Dilanggar Kenderaan Lain

Seorang lelaki menemui ajal selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan akibat melanggar pintu kereta sebelum tercampak dan dirempuh sebuah lagi kenderaan.

Menurut Sinar Harian, nahas berkenaan berlaku di Jalan Pasir Puteh-Machang-Gerik berhampiran Kampung Felcra Teratak Batu, sekitar jam 11.30 pagi, pada Jumaat.

Mangsa yang berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 77 tahun ke arah Machang berhenti di tepi jalan.

“Lelaki tersebut kemudian membuka pintu untuk keluar dari keretanya. Semasa berbuat demikian, tiba-tiba motosikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah yang sama telah melanggar pintu kereta terbabit.

“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan. Mangsa kemudian telah tercampak ke laluan bertentangan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa telah dirempuh oleh sebuah kenderaan lain di laluan bertentangan dan meninggal dunia.

Kedua-dua pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil memberikan keterangan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 016-5072413.

BACA: Abang Kurier Terkilan Tak Sempat Hantar Baju Raya, Penerima Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian

The post Moto Hilang Kawalan, Penunggang Tercampak & Maut Dilanggar Kenderaan Lain appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*