“MR H” Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat – KPN

mr h tidak hadir

“MR H” Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat – KPN

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Proses mengambil keterangan “Mr H” berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini, ditangguh susulan individu itu tidak sihat.

Proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada petang tadi dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Beliau tak hadir sebab kurang sihat. Tarikh baharu (rekod keterangan) akan dimaklum kemudian,” katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Hari ini, Razarudin dilapor berkata tiga individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Siasatan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes itu,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: PDRM Akan Panggil Mohammad Agus Sekali Lagi Ambil Keterangan – KPN

The post “MR H” Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat – KPN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*