Ditinggalkan Pada 1937, Kamera Milik Pendaki Berjaya Ditemui Semula 85 Tahun Kemudian

kamera 86 tahun

Ditinggalkan Pada 1937, Kamera Milik Pendaki Berjaya Ditemui Semula 85 Tahun Kemudian

Kamera yang dipasang dan ditinggalkan oleh seorang pendaki di kawasan pergunungan Yukon di Kanada pada 1937 berjaya ditemui semula 85 tahun kemudian.

Menurut Unilad, selepas dianalisis, kamera itu didapati sempat merakam beberapa gambar panorama yang sangat indah.

Kamera berkenaan dimiliki oleh seorang pendaki Amerika Syarikat, Bradford Washburn yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Lucania di Yukon bersama beberapa orang lagi pendaki.

Washburn merupakan seorang pendaki yang terkenal sangat teliti dalam mendokumentasikan ekspedisi yang disertainya.

Pendakian mereka ke puncak berjalan dengan lancar, namun ketika mereka hendak turun semula, ekspedisi itu berdepan dengan masalah cuaca. Malah, operasi untuk membawa turun pendaki dengan menggunakan helikopter juga menjadi terlalu bahaya.

Ekoran itu, pada pendaki terpaksa meninggalkan banyak peralatan mereka di puncak gunung tersebut. Antara peralatan yang ditinggalkan oleh Washburn adalah kamera tersebut.

Washburn dikatakan sempat mencatatkan nota berkenaan lokasi di mana beliau meninggalkan peralatannya. Dalam catatan tersebut, beliau berharap dapat kembali ke lokasi tersebut untuk mengambil semula peralatan berkenaan suatu hari nanti.

Misi untuk mendapatkan semula peralatan berkenaan, terutamanya kamera Washburn kemudian diusahakan oleh Teton Gravity Research pada 2022.

Menurut Unilad, misi berkenaan turut disertai penjelajah gunung profesional, Griffin Post dan ahli glasiologi, Dorota Medrzycka.

Bagaimanapun, usaha mereka hampir menemui kegagalan apabila misi kali pertama ke puncak gunung tersebut tidak membawa sebarang hasil.

Dalam wawancara kepada ABC News, Medrzycka sempat menyatakan perasaan kecewanya berkenaan kegagalan ekspedisi tersebut.

“Saya bukan sahaja kecewa dengan diri sendiri, tetapi turut merasakan seperti sudah mengecewakan semua orang. Secara teknikalnya, saya adalah orang yang sepatutnya lebih mengetahui di mana kamera itu berada.

“Jadi saya merasakan bahawa saya telah mengecewakan ramai orang dan tanggungjawab itu sangat sukar untuk dipikul,” kata Medrzycka’

Tidak mahu mengalah, Medrzycka kemudiannya menghasilkan teori baru dalam menyelesaikan misi pencarian tersebut.

Teori itu timbul selepas Medrzycka menemui garisan serpihan yang dikenali sebagai moraine medial yang kelihatan di kawasan pencarian.

Bagi menyokong teori itu, dia kemudiannya telah menganalisis imej satelit dan menyimpulkan kamera itu mungkin berada di salah satu daripada dua lokasi.

Menurut ahli glasiologi itu, glasier Walsh muncul sebanyak dua kali sejak tahun 1930. Medrzycka berteori bahawa pecahan moraine mungkin berlaku semasa glasier itu timbul.

Teori ini membekalkan data yang cukup untuk Medrzycka melakukan pengiraan jarak glasier berkenaan telah bergerak dan mengenal pasti lokasi kamera berkenaan.

BACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Pasukan penyelidik akhirnya memutuskan untuk menguji teori itu dan melakukan ekspedisi kali kedua mencari kamera tersebut.

Misi kali kedua ini nyata membuahkan hasil apabila mereka berjaya menemui kamera berkenaan selepas 85 tahun ditinggalkan.

Walaupun keadaan fizikal kamera itu sudag pun rosak, mereka mendapati filemnya masih terpelihara elok.

Namun begitu, gambar yang diambil daripada kamera berkenaan membuktikan bahawa ais setebal 100 hingga 200 kaki di gunung berkenaan sudah pun lesap.

Ia membuktikan bahawa perubahan iklim benar-benar berlaku.

Sumber: Unilad

The post Ditinggalkan Pada 1937, Kamera Milik Pendaki Berjaya Ditemui Semula 85 Tahun Kemudian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*