Mudah Je, Ini Tip Jimat Penggunaan Minyak Masak Dalam Masakan

tip jimat minyak masak

Ini Tip Jimat Penggunaan Minyak Masak Dalam Masakan

Seiring kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat, muncul pelbagai barangan elektrik dan elektronik yang mempunyai pelbagai berfungsi.

Kewujudan teknologi ini bukan sahaja canggih, malah kadangkala ia memberikan manfaat menerusi penjimatan serta membantu dalam mewujudkan gaya hidup yang lebih sihat dengan penggunaan peralatan memasak seperti air fryer.

Seperti yang diketahui, masyarakat terdahulu mengunakan minyak masak sebagai bahan utama untuk memasak dan menggoreng makanan sebelum kewujudan peralatan elektrik.

Penggunaan minyak ini bukan sahaja memerlukan perbelanjaan yang tinggi, malah ia juga memberi kesan yang buruk pada kesihatan.

Jadi, apa kata kita tukar dengan cara yang lebih jimat untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan kepada penggunaan barangan seperti air fryer dan kuali non-stick ketika memasak. Secara tidak langsung anda dapat menjimatkan duit poket dan lebih menyihatkan.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai perkara ini di bawah.

Langkah-langkah penjimatan guna minyak masak

tip kurangkan minyak masakan
Gambar: Bernama

Pertama, tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat. 

Kedua, bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.

Ketiga, gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.

BACA: Beli Beg Tiada Kod Tarikh? Ini Cara Semak Beg Original Atau Palsu

Keempat, boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.

Kelima, jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190 darjah Celsius sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.

Keenam, jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan. 

Ketujuh, elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.

Kelapan, tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.

Kesembilan, tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai. 

Sepuluh, menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kilogram (kg).

Gambar: Bernama

Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.

Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?

Antara tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi termasuklah warna bertukar perang pekat, minyak menjadi lebih likat, minyak berbau tengik, banyak asap terhasil ketika dipanaskan, warna makanan yang digoreng terlalu gelap dan rasa makanan yang digoreng tidak sedap. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

The post Mudah Je, Ini Tip Jimat Penggunaan Minyak Masak Dalam Masakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*