Tiga Hari Bertarung Nyawa, Wanita Terlanggar Anak Lembu Meninggal Dunia

wanita terlanggar lembu

Tiga Hari Bertarung Nyawa, Wanita Terlanggar Anak Lembu Meninggal Dunia

GUA MUSANG — Seorang wanita meninggal dunia hari ini selepas bertarung nyawa selama tiga hari kerana terlanggar seekor anak lembu yang berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, lapor Sinar Harian.

Pada jam 1.10 pagi, mangsa, Fazleen Yusoff berumur 31 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Jenazah ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tok Uban, Pasir Mas sebelum selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata mangsa difahamkan dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3 sewaktu kejadian.

“Ketika kejadian, mangsa bersama suami, Nik Amdan Mohd Ali, 28, serta dua anak mereka, Nik Nur Irdina Sofia, 7, dan Nik Nur Irdina Arisha, 4.

“Siasatan mendapati, setibanya di tempat kejadian tiba-tiba ada seekor anak lembu yang melintas jalan dan melanggar hadapan motosikal yang dinaiki mangsa,” ujarnya.

BACA: Beli Beg Tiada Kod Tarikh? Ini Cara Semak Beg Original Atau Palsu

Akibat pelanggaran, mangsa yang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Tambah Choon Foo, mangsa bagaimanapun  dipindahkan ke HUSM bagi rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Ahad.

Jenazah telah dituntut oleh ahli keluarga bagi proses pengebumian pada hari ini sementara kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelajar Maut Motosikal Terlanggar Lembu

Pada Ogos lalu, seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu yang melintas jalan di Jalan Kampung Kota Bukit, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintenden Abdull Razak Osman, mangsa yang berusia 14 tahun itu maut akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu mangsa dikatakan menunggang motosikal dari arah Kampung Langgok menghala Kampung Kota Bukit.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu secara tiba-tiba melintas jalan secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar lembu terbabit,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Tiga Hari Bertarung Nyawa, Wanita Terlanggar Anak Lembu Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*