Muncul 50,000 Tahun Sekali, Komet “Rare” Diramal Lintasi Bumi Februari Ini

Muncul 50,000 Tahun Sekali, Komet “Rare” Diramal Lintasi Bumi Februari Ini

Ahli astronomi meramalkan komet yang dikesan baru-baru ini bakal melintasi bumi dalam beberapa minggu akan datang sekali gus mencipta rekod kerana buat pertama kalinya ia akan dapat dilihat dalam tempoh 50,000 tahun.

Menurut Space Explored, komet yang dinamakan C/2022 E3 atau ZTF itu dikesan oleh Zwicky Transient Facility, ahli astronomi yang pertama kali melihat komet tersebut melepasi planet Musytari pada awal tahun lepas semasa menjalankan tinjauan rutin di Observatori Palomar di San Diego, California.

Saintis mendapati bahawa objek berais mempunyai orbit 50,000 tahun yang bergerak mengelilingi matahari di mana komet itu bergerak ke sistem suria Awan Oort, menurut pakar komet di Universiti Maryland Michael Kelley kepada Space.com.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Awan Oort dipercayai sebagai kawasan yang paling jauh dalam sistem suria. C/2022 E3 (ZTF) akan datang hampir ke matahari pada 12 Januari dan berada dekat dengan bumi sekitar 26 juta batu (42 juta kilometer) pada 2 Februari, menurut NASA.

Komet yang berasal daripada ais, batu dan debu tersebut memancarkan aura kehijauan dan dianggarkan mempunyai lebar kira-kira satu kilometer.

Difahamkan komet hijau itu dapat dikesan dengan mudah apabila menggunakan binokular, namun berkemungkinan juga dapat dilihat dengan mata kasar sekiranya langit tidak terlalu diterangi oleh bulan atau lampu, lapor Space Explored.

Menurut NASA, komet C/2022 E3 (ZTF) sepatutnya boleh dilihat dengan mata kasar tanpa menggunakan teleskop pada awal petang di Hemisfera Utara pada akhir Januari dan awal Februari di Hemisfera Selatan.

Komet berkenaan akan muncul berhampiran bintang terang Polaris yang turut dikenali sebagai Bintang Utara.

Menurut NASA lagi, komet itu juga akan menjadi lebih terang apabila melintasi bumi pada akhir Januari sehingga Februari, bergantung kepada tahap kecerahan komet tersebut.

Sumber: Space Explored

The post Muncul 50,000 Tahun Sekali, Komet “Rare” Diramal Lintasi Bumi Februari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*