Sihat Dan Cepat, Wanita Kongsi Cara Mudah Masak Nasi Jadi Cantik Tanpa Ada Kanji

Buang Kanji Dalam Nasi Dan Cara Masak Jadi Cantik

Sihat Dan Cepat, Wanita Kongsi Cara Mudah Masak Nasi Jadi Cantik Tanpa Ada Kanji

Makanan yang sihat dan berkhasiat sangat diperlukan oleh tubuh badan kita untuk mendapatkan tenaga dan kesihatan yang baik bebas daripada sebarang penyakit.

Pengambilan makanan seperti nasi yang membekalkan khasiat karbohidrat kompleks dapat memberi tenaga kepada aktiviti fizikal tubuh badan kita. Ia juga bebas daripada sebarang bahan pengawet atau perisa tambahan, bebas daripada gluten dan mempunyai indeks glisemik yang rendah.

Namun begitu, walaupun nasi merupakan sumber karbohidrat yang baik ia juga mengandungi kanji yang tinggi. Kandungan kanji yang tinggi tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Mesti persoalan sedang muncul di benak fikiran anda tentang bagaimana cara untuk masak nasi dengan cara yang sihat dan cepat kan?

Jangan risau ada seorang pengguna di Tiktok bernama mamakuih telah berkongsi cara bagaimana dia masak nasi sihat tanpa kanji dengan cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti caranya seperti berikut:

Bagaimana caranya untuk masak nasi yang berderai, sihat dan cepat

Menurut wanita tersebut, mula-mula seperti biasa beras perlu dibasuh sebanyak dua atau tiga kali sampai air tadi menjadi jernih. Lepas itu masukkan air banyak daripada beras tadi.

Masak nasi tadi di atas dapur selama lima minit sampai beras tersebut kembang. Anda juga boleh ambil beras tadi menggunakan sudu untuk melihat sama ada ia sudah kembang atau belum. Selepas yakin sudah kembang boleh matikan api dapur tadi.

Kredit Mamakuih/TikTok

Kemudian anda perlu menapis beras tadi menggunakan penapis untuk membuang kanji dalam beras yang dimasak tadi. Beras yang sudah ditapis seterusnya dimasukkan semula ke dalam periuk berserta air sama paras dengan beras tadi.

Kredit Mamakuih/TikTok

Masakkan semula beras tadi menggunakan periuk nasi selama sepuluh minit sehingga ia benar-benar sudah masak elok.

Menurut wanita itu, nasi tadi adalah sihat kerana segala kanji telah dibuang melalui proses masakan yang pertama selama lima minit tersebut.

Hasilnya, nasi yang dimasak tadi menjadi elok cantik berderai dan tidak melekat seperti kebiasaan kita memasak nasi.

Kredit Mamakuih/TikTok

Tajuk perkongsian video yang ditulis sebagai cara masak nasi cepat, sihat dan nasi berderai itu turut mendapat perhatian pengguna TikTok. Mereka turut sempat meninggalkan komen berkenaan tips yang dikongsikan tersebut.

Kredit Mamakuih/TikTok
Kredit Mamakuih/TikTok
Kredit Mamakuih/TikTok
Kredit Mamakuih/TikTok
Kredit Mamakuih/TikTok
@mamakuih

Cara mudah masak nasi #fyp #fypシ #fypdongggggggg #viral #video #mamakuih

♬ original sound – MAMAKUIH – MAMAKUIH💐❤

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada pembaca untuk menjaga kesihatan kepada yang lebih baik lagi. Kesihatan yang baik bukan sahaja dengan aktiviti senaman dan kardovaskular, menjaga pemakanan juga sangat penting kepada tubuh badan kita.

Sumber: Mamakuih/TikTok

The post Sihat Dan Cepat, Wanita Kongsi Cara Mudah Masak Nasi Jadi Cantik Tanpa Ada Kanji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*