Dianggar Mampu Raih Puluhan Juta, Enam Jersi Dipakai Messi Ketika Piala Dunia Qatar Bakal Dilelong

jersi messi dilelong

Dianggar Mampu Raih Puluhan Juta, Enam Jersi Dipakai Messi Ketika Piala Dunia Qatar Bakal Dilelong

Sebanyak enam jersi yang pernah dipakai bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi sewaktu Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar bakal dilelong, lapor Yahoo Singapore.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengelola barangan, Sotheby’s semalam.

Difahamkan, kesemua jersi yang dilelong itu pernah dipakai Messi sewaktu perlawanan akhir epik antara Argentina dan Perancis, separuh akhir, suku akhir, pusingan 16 dan perlawanan peringkat kumpulan.

Bidaan bagi jersi bola sepak itu akan mula dibuka pada tarikh 30 November ini. Sotheby’s juga akan menganjurkan pameran baju tersebut secara percuma di New York dari tarikh mula bidaan hingga 14 Disember.

jersi messi dilelong
Gambar: Instagram Lionel Messi

Menurut Sotheby’s, pihaknya percaya penjualan set jersi itu bakal menjadi salah satu koleksi sukan paling berharga dalam penjualan. Mereka percaya proses penjualan itu mampu meraih anggaran $10 juta (RM46.5 juta) berdasarkan anggaran pra-jualan lelongan itu.

“Jika jualan melebihi anggarannya, jersi itu akan menjadi ‘harta’ bola sepak termahal yang pernah dipakai dalam sukan sepanjang bidaan. Ia bakal mengatasi rekod jersi Diego Maradona (Tangan Tuhan) yang dijual pada harga $9.3 juta (RM43.2 juta) di Sotheby’s pada Mei 2022,” maklum Sotheby’s.

Mereka turut percaya bahawa jersi bintang bola sepak itu mampu memecahkan rekod harga lelong sepanjang masa jersi NBA Finals 1998 milik Michael Jordan yang dijual pada harga $10.1 (RM46.98 juta) pada September 2022.

Gambar: Instagram Lionel Messi

Sementara itu, bintang Argentina itu juga memaklumkan dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya berhubung penjualan jersi tersebut.

BACA JUGA: Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

“Enam baju Piala Dunia. Satu lelongan. Hari ini, rakan saya di @acmomento mengumumkan bidaan di @sothebys untuk enam baju yang saya pakai semasa Piala Dunia di Qatar.

“Ia termasuk baju yang saya pakai pada perlawanan akhir. Anda boleh mula membidanya menerusi dalam talian di Sotheby’s dari 30 November hingga 14 Disember,” tulisnya.

Jelas Messi, sebahagian hasil lelongan bajunya itu akan disumbangkan kepada Projek UNICAS yang diketuai Hospital Kanak-Kanak Sant Joan de Déu (SJD) Barcelona. Ia bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghidap penyakit istimewa.

Untuk makluman, pemenang Ballon d’Or lapan kali itu berjaya membantu Argentina menjuarai Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

Pada 18 Disember 2022, Argentina berjaya menewaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti dalam perlawanan akhir yang penuh mendebarkan.

Dengan bantuan dua gol dalam perlawanan, Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan membawa pulang piala paling berprestij itu.

Sumber: Yahoo Singapore

The post Dianggar Mampu Raih Puluhan Juta, Enam Jersi Dipakai Messi Ketika Piala Dunia Qatar Bakal Dilelong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*