Nahas Genting Highlands: APAD, JPJ, MIROS Diarah Lakukan Siasatan

nahas genting highlands

Nahas Genting Highlands: APAD, JPJ, MIROS Diarah Lakukan Siasatan

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) — Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan untuk melakukan siasatan segera ke atas syarikat operator van persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang, semalam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pula telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dan mengkaji punca kemalangan tersebut.

“MIROS bertanggungjawab mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana dan laporan dapatan kesemua agensi ini akan diberikan kepada pihak Kementerian Kerja Raya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loke berkata antara fokus utama siasatan kes kemalangan maut itu termasuk reka bentuk jalan raya dan selekoh di lokasi kejadian yang akan dikenal pasti sekiranya ia membahayakan pengguna.

Menurutnya ini kerana kemalangan tersebut berlaku disebabkan kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan semasa mendekati selekoh tajam di kawasan berkenaan.

Tujuh dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van persiaran yang dikatakan terbabas ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Genting Highlands dalam kejadian kira-kira 1.15 petang semalam.

Enam mangsa termasuk pemandu van berkenaan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

BACA: Nahas Genting Highlands: Seorang Lagi Maut, Kini Tujuh Yang Terkorban

Sumber: Bernama

 

The post Nahas Genting Highlands: APAD, JPJ, MIROS Diarah Lakukan Siasatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*