Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Pada masa sekarang, gaming dianggap sebagai satu hobi, tak ubah macam bermain futsal, hiking, jogging dan sebagainya. 

Namun, hobi ini biasanya memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi sehinggakan orang ramai menganggap peminat hobi ini seorang yang ‘lack attention’ dan kurang bersosial dengan orang lain. 

Jadi hobi ini masih dapat konotatif negatif daripada segelintir masyarakat dan rata-rata ingin mengelak daripada berpasangan dengan seorang gamer. 

Sungguhpun begitu, gamer juga sama seperti manusia biasa, tidak lari daripada perasaan ingin menyayangi dan disayangi oleh orang yang istimewa. 

Malahan, kalau kita ‘approach’ dengan cara yang tepat, gamer ni sebenarnya lagi sweet dan setia dalam perhubungan, cuma mereka sendiri tak sedar benda tu.

Oleh itu, tak ada sebab untuk menghalang pasangan jadi gamer kerana ramai yang berjaya menjadi gamer pada masa sekarang.

Min akan share cara untuk memahami ‘rentak’ pasangan gamer dan membantu anda untuk melayari bahtera percintaan dengan lebih ‘smooth’,

1. Berikan masa dan ruang dia untuk bermain game

Kebiasaannya, gamer akan ada waktu spesifik untuk bermain game. Macam karier, gamer sejati juga akan memiliki ‘KPI’ yang perlu dikejar setiap hari bagi memastikan prestasi dan reputasi mereka tidak tercalar. 

Apa yang boleh korang buat adalah bertanya kepada si dia, bilakah waktu yang biasa lazim digunakan untuk bermain game,

Bila dah dapat tahu, korang pun bolehlah ucapkan ‘good luck’ sebelum game ataupun tanya perkembangan diorang selepas habis bermain game. 

Nampaklah macam korang caring dengan si dia. Kalau orang selalu ambil berat pasal kita, biasanya kita pun akan ‘cair’, betul tak?

2. Hadiahkan merchandise atau in-game items kepada si dia

Mesti korang tertanya-tanya apakah barangan yang paling diidamkan oleh si dia. Gamer ini biasanya tidak begitu materialistik dan tidak mementingkan jenama dalam berpakaian. 

Korang boleh hadiahkan si dia dengan game merchandise seperti figura, DLC, t-shirt dan sebagainya. 

Jika merchandise terlalu mahal, korang boleh membelikan game to up yang boleh didapati dalam mana-mana platform e-dagang. 

Top up ni dapat membantu si dia untuk membeli in-game items yang dapat memberikan pengalaman gaming dengan lebih padu.

Ini dapat memberikan impression bahawa korang merupakan seorang yang sangat supportive dengan hobinya.

3. Minta ‘si dia’ ajarkan cara main game

Jika pasangan korang bermain permainan jenis multiplayer, inilah peluang korang untuk bersinar.  Secara tradisi, pemain veteran akan membantu pemain baharu untuk membiasakan diri pada awal permainan.

Dengan ini, pasangan akan banyak luangkan masa dengan korang dan korang berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi sewaktu bermain game bersama-sama.

Bukan itu sahaja, kebanyakan pemain veteran suka ‘carry’ pemain-pemain baru disebabkan naluri mereka yang bersifat ‘protective’ secara semula jadi.

Oleh itu, jangan segan silu untuk meminta pasangan korang untuk ajarkan cara bermain game.

Mungkin pada awalnya, korang rasa tak cool sebab nampak noob tapi percayalah, pasangan akan rasakan korang sangat comel semasa tengah struggle untuk memahami konsep permainan yang baru dimainkan tu.

4. Cadangkan game baru yang boleh dicuba

Kadang-kadang, gamer akan mula merasa bosan dengan game yang biasa dimainkannya. Mereka akan cuba untuk menukar angin dengan mencari game baru untuk dicuba.

Jika mereka meminati gameplay bagi permainan yang baru dicuba tu, mereka akan terus bermain permainan tersebut dalam satu jangka masa panjang.

Oleh itu, min nak suggest satu game baru yang boleh memikat pasangan korang. Berkemungkinan korang pun akan sangkut sekali sebab game ni best gila.

Mari mulakan pengembaraan baru bersama PlayPark

Black Moon merupakan sebuah game bergenre ARPG yang boleh dimainkan menerusi peranti mudah alih korang. 

Disebabkan permainan ini menggunakan platform mudah alih, Black Moon beri kebebasan kepada pemain untuk bermain dengan cepat dan mudah. 

Para pemain Black Moon akan dijemput untuk meneroka dunia misteri dan kehadiran korang amat diperlukan demi menyelamatkan dunia yang sedang  diselubungi kegelapan.

Dalam pada itu, Black Moon bakal menampilkan konsep permainan PvP (player versus player) dan Guild Wars yang sudah semestinya dapat memberikan pengalaman gaming yang menarik kepada pemain.

Konsep permainan ini juga membenarkan korang untuk bermain dengan pemain lain termasuklah rakan-rakan dan pasangan korang.

Rekaan dan grafik yang padu

Black moon pasangan gamer

Selain itu, rekaan permainan ini diinspirasikan daripada rekaan karakter dan stail animasi ala-ala anime yang dinamik dan bergaya. 

Setiap karakter dalam permainan ini memiliki jenis Class dan Weapon Set yang tersendiri. Dengan ini, korang boleh pilih karakter mana yang bersesuaian dengan corak permainan korang.

Pemain pun boleh menjadi lebih kreatif dalam mereka strategi dan kombo pergerakan baru ketika bermain.

Lagi syok, korang boleh make over karakter kegemaran agar kelihatan menarik dan bergaya. 

Kalau karakter cun dan sedap mata memandang, mestilah pengalaman gaming pun rasa ‘bahagia’, ditambah pula kehadiran pasangan di sisi. 

Ini manfaat yang korang dapat kalau join CBT Black Moon ni

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang bakal menyambut korang sewaktu fasa CBT ni. Antaranya:

  • Level Challenge: Naikkan level karakter korang sampai level 35 dan korang akan dapat lima weapon tickets secara rawak berserta 250 Dark Crystal Gems. 
  • CP Contest TOP 100: Sertai persaingan bagi mendapat gelaran Combat Power champion untuk memenangi SSR items dan 1,000 Dark Crystal Gems dengan upgrade karakter kotrang untuk menjadi lebih kuat. Kalau nilai Combat Power korang berjaya mendapat berada dalam kalangan 100 teratas, korang akan mendapat lebih hadiah yang menarik. 
  • Special: Terima gelaran ‘Premium Hero’ secara percuma semasa menambah nilai sewaktu fasa CBT yang berjumlah RM39.90.

Bagi sesiapa yang masih belum sertai aktiviti prapendaftaran pada laman web, jangan terlepas peluang ni! Sebab Black Moon akan beri weapon random tickets percuma dan diamond yang banyak. 

Bukan tu je, jika jumlah pendaftaran melebihi jumlah tertentu, korang akan dapat weapon random ticket SSR secara serta merta. 

Macam best, dekat mana kita boleh dapatkan Black Moon ni?

Kalau korang rasa teracun nak main game ni, PlayPark bakal membuka CBT (Closed Beta Test) Black Moon kepada para pemain di rantau Asia Tenggara bermula dari 12 Oktober 2023 (12.00 p.m.)  sehingga 16 Oktober 2023 (12.00 a.m.).

Pada masa yang sama, gunakan kod BMCUCBT untuk dapatkan ganjaran dengan lebih lumayan. . Korang boleh dapatkan maklumat terkini pasal game Black Moon ni menerusi laman web PlayPark.

Selain itu, korang pun boleh sertai komuniti pemain di Facebook untuk mendapatkan maklumat terkini serta berinteraksi dengan pemain lain.

Tak payah lengahkan masa korang, lawat dan muat turun Black Moon sekarang jugak!

 

The post Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*