Nak Pulut Kuning Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi? Ikuti Tips Ini

tips pulut kuning tahan lama

Nak Pulut Kuning Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi? Ikuti Tips Ini

Pulut kuning sering dihidangkan pada majlis keraian dan merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat Melayu, kerana mempunyai makna yang tertentu.

Hidangan yang dibuat daripada beras pulut itu kini boleh didapati di mana-mana tempat dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Pun begitu, disebabkan sifatnya adalah melekit, sajian itu perlu dinikmati dalam masa dua hari dan sekiranya dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi basi.

Bagi mereka yang menyukai pulut kuning, pastinya berasa tidak puas untuk menikmatinya selama sehari.

Oleh itu, mari kita ikuti tips yang dikongsikan oleh Maz Samad di Facebook untuk mendapatkan pulut kuning yang tidak cepat basi.

Tips pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi

  • Rendam beras pulut dengan air sejuk
  • Masukkan garam kasar dua atau tiga butir
  • Rendamkan asam keping bersama beras pulut
  • Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
  • Pastikan sebelum di rendam wajib di bilas atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga air jernih. Baru direndam. 
  • Semasa rendam letak sekali dua sudu kunyit serbuk

Kaedah Kukus Beras Pulut

i. Kukus pertama

Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak

Masak dan dikukus selama 10 minit.

ii. Air Kukusan

Pastikan air kukusan betul-betul mendidih.

Letakkan pengukus beras pulut.

Letakkan 3 atau 4 helai Daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.

iii. Semasa mengukus

Langkah kukusan pertama 10 minit.

Rehatkan seketika sebelum mengukus kali kedua.

Langkah kukusan kedua 20 minit.

Pulut dicampur bersama:

1/2 cawan minyak atau marjerin

Pewarna kuning telur

200ml Santan

Dua cawan air

Satu sudu kecil garam

BACA: Tak Perlu Bimbang Tak Ada Pengukus, Abang Ini Kongsi Cara Masak Pulut Kuning Dalam “Microwave”

iv. Beras pulut nampak berkilat

Campurkan sedikit minyak atau marjerin bagi kilat pulut kuning tersebut.

Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi naikkan lagi seri pulut tersebut.

Pulut kuning akan nampak sebiji-sebiji bila dihias.

Tidak perlu risau walaupun pulut kuning nampak berbiji tapi tekstur sangat lembut.

Sumber: Maz Samad via Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang/Facebook

The post Nak Pulut Kuning Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi? Ikuti Tips Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*