Tersusun Rapi Macam Kat Kedai, Netizen Kagum Tengok Cara Warga Emas Ini Lipat Kain Baju

cara lipat kain baju

Tersusun Rapi Macam Kat Kedai, Netizen Kagum Tengok Cara Warga Emas Ini Lipat Kain Baju

Kebiasaannya rumah nenek dan atuk di kampung mempunyai persekitaran yang bersih dan kemas. Hal ini kerana hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah tersebut, jadi proses pembersihan itu agak mudah untuk dilakukan.

Sebenarnya, ada sebab kenapa mereka sering mengemas rumah, antaranya mahu memberi keselesaan kepada cucu-cucu dan anak-anaknya selain memudahkan pergerakan mereka di dalam rumah.

Apabila rumah berada dalam keadaan bersih, tetamu yang hadir semestinya akan berasa selesa dan gembira melihat semua barangan tersusun rapi serta cantik.

Seperti yang tular baru-baru ini, di mana rumah seorang warga emas menjadi sorotan selepas anak-anaknya menunjukkan koleksi kain batiknya yang tersusun rapi dalam almari.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adammar1819, seorang wanita menunjukkan perkara yang jarang dilihat oleh umum iaitu timbunan lipatan kain batik yang tersusun cantik di dalam rak.

“Nak tahu sesuatu tak? Rumah korang mesti tak macam ini,” katanya sambil menunjukkan koleksi lipatan kain batik ibunya.

Kredit: @adammar1819/TikTok

Bukan satu rak sahaja kain batik ditempatkan malah ia juga diletakkan bersama pakaian di rak yang lain.

Selain daripada kain batik, terdapat juga lipatan tuala dan baju dari pelbagai warna diletakkan di bawah rak kain batik.

Apa yang memuaskan warga maya ialah cara nenek tersebut melipat kain batik yang dilihat kemas dan juga disusun dengan elok walaupun diletakkan secara timbunan.

BACA: Kalau Isteri Mengidam Wajib Tak Suami Tunaikan? Ini Jawapan UAI

Tunjuk cara lipat kain batik

Malah, pemilik video itu juga sempat menunjukkan kepada orang ramai cara untuk melipat kain batik agar ia kemas selepas diminta oleh salah seorang komentar.

Nenek tersebut kemudiannya menunjukkan cara melipat kain batik dan seperti yang dijangka, tiada pembaris yang digunakan.

Kredit: @adammar1819/TikTok

Menurut nenek itu, kain batik tersebut mestilah dilipat dengan kemas untuk memastikan susunannya tidak serabut.

Oleh kerana rumah nenek itu berada dalam keadaan kemas, ramai yang meninggalkan komen mahu melihat dapur rumah tersebut.

Tanpa berlengah masa, wanita itu mempamerkan ruangan dapur yang berada dalam keadaan teratur.

Tidak dinafikan, kekemasan rumah nenek itu sememangnya memberi kepuasan kepada orang ramai kerana ketelitiannya menggambarkan dia seorang pembersih.

@adammar1819

#nohika #aachickenwing #nohcendol #puraloklok #jjcm #kelantan #manekurai #kualakrai

♬ original sound – nurulatika963 – nurulatika963

Sumber: @adammar1819/TikTok

The post Tersusun Rapi Macam Kat Kedai, Netizen Kagum Tengok Cara Warga Emas Ini Lipat Kain Baju appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*