Nak “Selfie” Punya Pasal, Lelaki Patah Tulang Rusuk Ditanduk Rusa

patah tulang rusuk rusa

Nak “Selfie” Punya Pasal, Lelaki Patah Tulang Rusuk Ditanduk Rusa

Cubaan seorang pelancong untuk bergambar bersama seekor rusa berakhir dengan tragedi selepas haiwan itu dilaporkan merempuhnya lalu menyebabkan tulang rusuknya patah, lapor New York Post.

Insiden itu berjaya dirakam dan dikongsikan di atas talian sebelum menjadi bualan ramai netizen.

“Saya tidak percaya,” kata Gian Carlo Triacca, 42, kepada Caters News mengenai serangan itu.

Katanya, kejadian itu berlaku sewaktu dia dan isterinya, Erika, 40, sedang bercuti di Greece.

Pada awalnya, pasangan berasal dari Cancun, Mexico itu dikatakan terpesona dengan sekumpulan binatang yang dilihat ketika percutian tersebut.

Rakaman itu menunjukkan Triacca dan Erica berada di sekeliling burung merak, rusa dan beberapa haiwan yang lain.

Insiden itu berlaku selepas Triacca cuba menangkap gambar rusa yang berada di hadapannya.

“Saya sedang mengambil gambar rusa kecil yang berada di hadapan saya. Tiba-tiba seekor rusa jantan besar menyerang saya dari belakang,” cerita Triacca.

Berdasarkan rakaman itu, Triacca yang tidak berbaju dilihat cuba menangkap gambar haiwan liar itu dengan telefonnya beberapa kaki jauh dari rusa jantan tersebut.

Kredit Gian Carlo Triacca/ CATERS NEWS

Secara tiba-tiba haiwan itu kemudiannya dilihat merempuh Triacca dengan tanduknya yang besar.

“Saya sangat terkejut dan sakit selepas ia berlaku,” cerita Triacca yang mendakwa bahawa beberapa tulang rusuknya telah patah susulan kejadian itu.

Kredit Gian Carlo Triacca/ CATERS NEWS

Walaupun mengalami kesakitan yang teruk untuk beberapa hari, pelancong itu mendakwa bahawa dia bernasib baik kerana kecederaan itu tidak parah.

“Saya tidak pergi ke hospital, saya hanya pulih dengan sendiri selepas makan ubat dan letak ais,” ceritanya lagi.

Kredit Gian Carlo Triacca/ CATERS NEWS

Di mana lokasi kejadian itu tidak dinyatakan, bagaimanapun, pulau Moni dikatakan terkenal sebagai tempat perlindungan rusa yang jinak, Cretan ibexes dan hidupan liar lain.

BACA: Boleh Jimat Duit, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat “Wetfood” Untuk Kucing Di Rumah

Pelancong daripada seluruh dunia sering datang ke pulau itu untuk melihat dan memberi makan haiwan liar tersebut.

Sementara itu, Persatuan Manusia Amerika Syarikat berkata bahawa semasa menonton hidupan liar, memberi ruang kepada haiwan untuk bergerak adalah penting.

“Banyak taman memerlukan anda berada dalam jarak minimum 25 ela dari kebanyakan hidupan liar dan 100 dari pemangsa seperti beruang dan serigala,” tulis persatuan itu.

Sumber: New York Post

The post Nak “Selfie” Punya Pasal, Lelaki Patah Tulang Rusuk Ditanduk Rusa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*