Betul Ke Air Ketum Bagus Untuk Badan? Ini Faktanya Yang Ramai Tak Tahu

faktanya air ketum

Betul Ke Air Ketum Bagus Untuk Badan? Ini Faktanya Yang Ramai Tak Tahu

Bagi mereka yang melakukan kerja berat, minuman isotonik atau minuman bertenaga sering menjadi pilihan dalam membantu menyempurnakan tugas sebagai pekerja yang baik.

Kebiasaannya, minuman seperti ini mengandungi kadar gula yang sangat tinggi bagi membantu membekalkan tenaga aktif kepada konsumer.

Selain minuman-meninuman tersebut, terdapat satu lagi jenis minuman yang didakwa mampu memberikan tenaga kepada mereka yang meminumnya.

Minuman itu tidak lain adalah air ketum, di mana ia dihasilkan menerusi tanaman daun ketum yang diproses menjadi minuman.

Namun begitu, boleh ke air ketum ini diambil secara berterusan dan apa kesan dia kepada tubuh badan?

Untuk mengetahui berkenaan persoalan tersebut, mari kita ikuti perkongsian daripada Hello Doktor berkenaan baik dan buruk air ketum.

Air ketum merupakan sejenis minuman yang ramai percaya ia ‘ajaib’ kerana dikatakan mampu memberi tenaga dan motivasi untuk tubuh badan bekerja.

Di negara kita juga, minuman yang berasal daripada tumbuhan daun ketum ini adalah sangat popular meskipun statusnya yang diharamkan untuk diambil.

Mungkin sebenarnya kita juga boleh menyamakan daun ketum ini dengan daun ganja di mana ia dipercayai bagus namun diharamkan di sesetengah tempat.

Persoalannya, apakah benar minuman air ketum bermanfaat pada kesihatan? Jika ya, kenapa ia diharamkan? Jom ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Apa itu air ketum?

Untuk pengetahuan anda, ketum (Mitragyna speciosa) adalah sejenis tumbuhan yang banyak wujud di benua Asia Selatan termasuklah Malaysia.

Ekstrak daripada daun ketum ini seringkali dijadikan sebagai stimulan atau sedatif yang kononnya mampu memberi tenaga dan motivasi kepada pengguna.

Jika anda masih belum tahu, air ketum ini diharamkan untuk digunakan di negara kita, Thailand, Australia serta beberapa negara di benua Eropah.

Pun begitu, minuman yang berasal daripada tumbuhan ketum ini tiada masalah untuk digunakan sebagai ubat alternatif di negara seperti Amerika Syarikat.

Kredit Shutterstock

Dalam erti kata yang lebih mudah, ada negara yang mengharamkannya serta ada juga yang membenarkannya bergantung kepada undang-undang mereka.

Apa yang mungkin akan membuat kita semua terfikir dan tertanya adalah, adakah wujud sebarang manfaat pengambilan air ketum terhadap kesihatan?

Apa manfaat air ketum?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ada individu yang mengambilnya dalam usaha mendapatkan lebih tenaga dan motivasi kepada tubuh badan.

Mungkin ia benar kerana pada dos yang rendah, minuman ketum memang mampu berfungsi sebagai stimulan atau sedatif untuk merangsang tubuh badan manusia.

Hasilnya, ia mungkin akan mampu membuat pengambil minuman daripada tumbuhan ini lebih cergas, kuat dan berasa lebih baik dari aspek fizikal serta mental.

Menurut kajian European Monitoring Centre for Drugs and Drug Addiction (EMCDDA), dos kecil minuman ketum mungkin mampu memberikan kesan positif seperti berikut:

  • Kepekaan
  • Ketenangan
  • Kecergasan
  • Kekuatan

Selain daripada 4 aspek di atas, ia juga dipercayai mampu merawat sakit seperti sengal otot, lemah sendi, kepenatan, kegelisahan serta pelbagai keadaan kesihatan lain.

Ia mungkin adalah disebabkan oleh kandungan alkaloids mitragynine and 7-hydroxymitragyni di dalamnya yang mampu merangsang fungsi tubuh badan.

Pun begitu, sudah pasti ada sebab yang tersembunyi ekoran pengharaman minuman tumbuhan ini di sesetengah negara bukan? Jom teruskan membaca untuk tahu!

Kenapa ia diharamkan di banyak negara?

Ada dalam kalangan pengguna minuman ketum menyangka bahawa pengambilannya adalah tidak salah ekoran ia merupakan sejenis tumbuhan yang biasa ditanam.

Hakikatnya, kerajaan negara kita serta beberapa negara lain mungkin tidak bersetuju dengannya kerana masih belum banyak kajian yang mengesahkan manfaatnya.

Kredit Shutterstock

Dalam pada itu, pelbagai kajian terkini telah mengesahkan bahawa lebih banyak kontra berbanding pro mengambilnya jika dilihat pada sudut kesan sampingannya.

Antara kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi akibat minuman daun ketum ini termasuklah:

Kesan pada fizikal

Penurunan berat badan secara mendadak

Hilang selera makan

Badan menggigil

Badan berpeluh

Kering mulut

Mual-mual

Muntah-muntah

Sistem perkumuhan terjejas

Sakit tubuh badan

Rosak organ hati

Kesan minuman ketum pada mental

  • Sakit kepala
  • Mabuk, khayal atau tidak keruan
  • Perubahan mood
  • Berhalusinasi
  • Berdelusi
  • Stres
  • Depresi
Kredit Shutterstock

Lebih membimbangkan, minuman daripada tumbuhan daun ketum ini dikhuatiri mampu menyebabkan masalah lebih besar jika diambil dalam dos yang terlalu banyak.

Antara kesan sampingan yang paling ditakuti adalah kemungkinan pengguna mengalami sawan, koma atau lebih teruk lagi, meninggal dunia.

Wajar untuk teruskan atau hentikan?

Malangnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang percaya dan minum ketum terutamanya mereka yang masih kurang pengetahuan tentangnya.

Ini juga mungkin disebabkan ketagihan ataupun keperluan mereka mengambilnya untuk memenuhi kemahuan tubuh badan pengguna yang sudah terbiasa meneguk minuman ini.

Sebenarnya, wujud juga kemungkinan di mana kecergasan serta kekuatan yang didapati selepas minum ketum adalah didalangi oleh efek plasebo sahaja.

Konklusinya, adalah sangat disarankan untuk anda mengelakkan daripada mengambil minuman jenis ini kerana ternyata lebih banyak kontra daripada pro terhadap tubuh badan.

BACA: Boleh Jimat Duit, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat “Wetfood” Untuk Kucing Di Rumah

Sumber: Hello Doktor

The post Betul Ke Air Ketum Bagus Untuk Badan? Ini Faktanya Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*