Nak Tanaman Subur, Elak Lakukan 6 Kesalahan Ini Ketika Bercucuk Tanam

6 kesalahan bercucuk tanam

Nak Tanaman Subur, Elak Lakukan 6 Kesalahan Ini Ketika Bercucuk Tanam

Perasan tak, ketika sedang menjinakkan diri dalam bercucuk tanam, awal-awalnya mesti apa yang ditanam tidak menjadi. Meskipun telah menimba ilmu sebelumnya namun apabila melakukan secara teknikal, ia tidak menjadi seperti yang dirancang.

Apabila menanam sesuatu semestinya berasa seronok dan tidak sabar untuk menunggu hasilnya. Disebabkan itu juga, kita cenderung untuk melakukan lebih daripada yang sepatutnya.

Kalau nak tahu, ada pantang larang yang perlu diambil tahu sekiranya mahu tanaman itu tumbuh dengan sempurna.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Liyana Mohd Poad di bawah ini berkenaan kesalahan yang sering dilakukan dalam penanaman.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada masa hadapan.

BACA: Ini Cara Nak Mohon Projek Pertanian Bandar Untuk Anda Yang Nak Bercucuk Tanam Di Kawasan Kediaman

Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika bercucuk tanam

1. Kerap membubuh baja pada anak pokok yang belum matang usianya sehingga daun-daun pada anak pokok melecur seperti terbakar dan daun menjadi kekuningan seterusnya layu dan gugur.

Jika ini berlaku, siram anak pokok dengan jumlah air yang banyak untuk menyahkan baja yang telah diserap ke dalam tanah.

2. Membubuh baja organik atau baja NPK dalam jumlah yang terlalu banyak. Baja NPK yang diperlukan hanyalah sesudu kecil makan atau bersamaan kurang daripada 15 butir baja. Baja organik pula biasanya sesudu kecil makan atau sesudu besar makan bergntung kepada jenisnya.

3. Suka menyiram tanaman dengan air yang banyak. Akibatnya akar membusuk, tanah berlendir dan mengakibatkan kulat serta banyak penyakit bawaan tanah. Masalah ini juga akan mengundang kedatangan semut dan anai-anai serta ulat-ulat halus dalam tanah. Jika ini berlaku, tanah perlu ditukar kepada tanah yang baru.

4. Menggunakan pasu atau polybag yang terlalu kecil untuk pokok-pokok yang ditanam. Akibatnya, anak pokok tidak dapat mrmbesar dengan baik lantaran akar sangat terhad bergerak, pengudaraan di dalam pasu atau polybag kecil menjadi terlalu sempit.

5. Tanah yang terlalu sedikit di dalam pasu atau polybag sedangkan pokok yang ditanam adalah jenis berakar tunjang. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana pokok yang berakar tunjang memerlukan tanah yang banyak. Tanah sepatutnya diisi hingga ke permukaan pasu atau polybag.

6. Tidak membuang daun-daun tua di bawah cabang Y. Akibatnya, banyak nutrien dihabiskan ke bahagian-bahagian daun di bawah cabang Y. Hal ini menyebabkan nutrien tidak sampai ke bahagian bunga dan buah.

Sumber: Liyana Mohd Poad/Facebook

The post Nak Tanaman Subur, Elak Lakukan 6 Kesalahan Ini Ketika Bercucuk Tanam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*