Nampak Sama Tapi Lain, Kenali Jenis-Jenis Durian Di Malaysia

jenis-jenis durian malaysia

Nampak Sama Tapi Lain, Kenali Jenis-Jenis Durian Di Malaysia

Di Malaysia, sewaktu musim durian tiba, sebahagian ramai masyarakat akan menyerbu buah ini. Bagi penggemar durian, inilah waktu yang paling dinanti-nantikan untuk mencari raja buah.

Lebih-lebih lagi harganya jauh lebih murah berbanding bukan musim durian. Ketika musim durian, lambakan buah ini boleh dilihat di sepanjang bahu jalan.

Seperti yang diketahui, buah ini berbentuk bulat atau bujur dan berwarna kehijauan serta kekuningan sedikit.

Namun, sebenarnya ia mempunyai pelbagai jenis dan harganya yang berbeza-beza walaupun rupa paras hampir serupa.

Oleh itu, mari kita kenali dengan lebih rapat berhubung jenis-jenis durian menerusi perkongsian Hello Doktor.

Jenis-Jenis Durian Di Malaysia

Siapa di sini penggemar durian? Terdapat pelbagai jenis durian di Malaysia, bermula daripada harga semurah RM5 sekilogram, hinggalah mencecah RM60 sekilo. Tahukah anda, kebanyakan jenis durian yang enak dan berkualiti tinggi sebenarnya berasal dari negara kita? Ini 6 jenis durian sedap dan terkenal di Malaysia.

Jenis-jenis durian di Malaysia paling popular

Tidak dinafikan terdapat banyak variasi durian di negara kita. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.

Durian ini juga datang dengan pelbagai nama, saiz, tekstur dan perbezaan rasa.

BACA JUGA: Tengok Bentuk & Pangsa, Peniaga Jujur Kongsi Tips Pilih Durian Isi Penuh

Berikut adalah 6 jenis durian terkenal di Malaysia.

#1. Durian Musang King (D197)

Gambar: Bernama

Durian Musang King merupakan jenis durian yang paling popular di Malaysia dan Singapura.

Disebabkan faktor populariti dan kualiti, harganya juga lebih tinggi berbanding jenis durian Malaysia lain.

Ia dikenali dengan kombinasi rasa pahit dan manis yang unik. Durian Musang King berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan kini semakin popular di China.

Isinya lembut dan berwarna kuning terang, serta rasa yang unik menjadikannya pilihan utama bagi peminat durian.

Selain itu, Musang King juga dikenali dengan kulit yang tebal dan duri pendek yang tajam. Bijinya juga agak kecil.

#2. Jenis durian di Malaysia: Durian Udang Merah (D175)

Durian Udang Merah yang ditanam di Johor mempunyai warna kulit yang lebih coklat, dengan pangkal duri kehijauan.

Duri pada durian Udang Merah lebih kecil dan mempunyai hujung yang lebih tajam.

Durian Udang Merah berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1990 dengan kod D175.

Durian ini mempunyai rasa yang manis serta tekstur isinya yang lembut dan berkrim.

#3. Durian Kampung (888)

Gambar: Bernama

Durian Kampung adalah salah satu jenis durian di Malaysia yang paling popular.

Pokok durian ini mempunyai daun yang memanjang dan bunga yang hijau kekuningan.

BACA JUGA: Dah Tiba Musimnya, Ini 10 Tips Pilih Durian Yang Wajib Anda Tahu

Buahnya berbentuk bulat dan berdiameter 15 hingga 20 cm. Durian ini dikenali dengan rasa manisnya yang tersendiri selain tekstur isi yang lembut.

Selain itu, durian Kampung juga mempunyai kulit yang tebal dan duri panjang serta tajam.

Bijinya juga bersaiz besar dengan isi yang agak nipis.

#4. Durian Duri Hitam / Black Thorn (D200)

Durian Duri Hitam pula adalah ‘bintang’ baru dalam dunia durian dan harganya boleh melebihi durian Musang King. Isinya berwarna kuning keemasan.

Durian ini berasal dari sebelah daratan Pulau Pinang iaitu di Sungai Bakap. Ia mempunyai rasa manis dengan tekstur yang lemak berkrim.

Durian Duri Hitam mempunyai kulit yang tebal, duri pendek dan tajam serta biji yang kecil.

#5. Jenis durian di Malaysia: Durian Sultan (D24)

Durian ini dikenali sebagai Durian Sultan dan digemari peminatnya kerana isi yang tebal dan lembut.

Ia mempunyai rasa yang manis bercampur pahit. Pokok durian Sultan menghasilkan buah dalam junlah yang sedikit dan buahnya hanya boleh didapati dalam musim yang pendek.

Oleh sebab itu, durian ini dikategorikan sebagai jenis durian yang mahal dan mewah.

Harga biasanya adalah antara RM30 hingga RM60 sekilogram. Malah, boleh mencecah sehingga RM100 sekilogram di luar musim.

#6. Durian terkenal di Malaysia: Durian IOI (D168)

jenis-jenis durian malaysia
Gambar: Bernama

Berat biasa Durian IOI bermula antara 1.3 kg hingga 2 kg.

Ia mempunyai bentuk yang bulat dan sedikit memanjang, di mana bahagian atas dan bawah biasanya mempunyai ukuran yang sama.

BACA JUGA: Pening Macam Mana Nak Buat? Ini 7 Tips Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Durian ini juga dikenali dengan beberapa nama seperti durian IOI, Johor Mas, Hajah Hasmah dan Mas Muar.

Kadangkala, ia dipasarkan dengan nama Wang Zhong yang bermaksud raja segala raja.

Durian IOI mempunyai isi yang sedikit pucat berbanding durian lain. Namun, ia masih mempunyai rasa yang kuat dan juga enak.

Peringatan untuk peminat durian!

Walaupun jenis durian di Malaysia mempunyai rasa yang lazat dengan bau menggoda, namun pengambilan durian dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan.

Buah durian tinggi dengan kalori dan lemak, jadi ia boleh meningkatkan berat badan dan risiko penyakit kardiovaskular jika dimakan terlalu banyak.

Selain itu, durian juga mengandungi alkohol semula jadi yang boleh menimbulkan masalah kepada penghidap tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang.

Buah ini juga boleh meningkatkan suhu badan. Jadi jangan lupa untuk minum air dengan mencukupi selepas anda makan durian.

Nasihat kami, makanlah durian secara bersederhana.

Sumber: Hello Doktor

The post Nampak Sama Tapi Lain, Kenali Jenis-Jenis Durian Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*