NASA Temui Batu Berbentuk Donut Di Marikh

NASA batu donut

NASA Temui Batu Berbentuk Donut Di Marikh

Rover Perseverance kepunyaan Jabatan Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah menemui satu batu aneh berbentuk donut di planet Marikh, berkemungkinan meteorit yang terhempas, lapor The Independent.

Batu berbentuk pelik, besar dan gelap yang mempunyai lubang di tengahnya ditemui dikelilingi oleh batu dengan warna yang menyerupai kamera penderia jauh rover.

“NASA Perseverance mengambil gambar batu berbentuk donut menggunakan SuperCam Remote Micro-Imager pada 23 Jun 2023 dari jauh.

“Ia berkemungkinan merupakan meteorit besar bersama kepingan yang lebih kecil,” kata sumber Institut SETI yang berpangkalan di California pada Isnin lalu.

Batu dan formasi yang kelihatan aneh itu juga pernah ditemui di Marikh oleh rover sebelum ini.

Dalam pada itu, pada awal tahun ini pula, ahli astronomi turut menemui struktur aneh di Marikh yang menyerupai wajah beruang.

Pembentukan batu itu terdiri daripada dua kawah yang kelihatan membentuk mata beruang dan sebuah bukit runtuh berbentuk V untuk muncungnya.

Penyelidik berkata penemuan pada bulan Januari berkaitan batu yang berbentuk bulat berkemungkinan disebabkan oleh mendapan yang tertimbus manakala struktur seperti hidung beruang mungkin disebabkan oleh gunung berapi atau lumpur.

BACA: Kapal Angkasa NASA Kesan Pancaran Hijau Di Musytari

Beberapa penemuan kapal angkasa

Kemudian pada Februari berikutnya, NASA mendedahkan penemuan oleh kapal angkasa rover Curiosity.

Ia menemukam batu logam berkilat aneh di Planet Merah (gelaran Marikh) yang kelihatan seperti meteorit besi-nikel.

Batu yang digelar ‘Kakao’ itu ditemui di kawasan berhampiran Gunung Sharp, Marikh yang mungkin mempunyai kawah besar pada zaman dahulu.

Sebelum penemuan itu, Curiosity juga menemui pembentukan batu aneh yang kelihatan seperti pintu asing yang mungkin terbentuk di Marikh akibat aktiviti seismik.

Pembentukan geologi yang dikesan pada tahun lepas turut mengaburkan mata warga maya, yang ternampak seperti orang yang sedang melepak di Marikh.

Curiosity juga sebelum ini menemui Egg Rock pada 2016 dan terjumpa meteorit sepanjang tujuh kaki pada 2014 dan dinamakan oleh pasukan itu sebagai Lebanon.

Rover jenis The Opportunity yang aktif di Marikh dari 2004 hingga 2018 juga telah membuat perkongsian menemui penemuan batu unik di Planet Merah.

Kapal itu menemui Heat Shield Rock yang terkenal iaitu meteorit yang pertama ditemui di planet lain.

Minat orang ramai mengenai beberapa penemuan batu aneh ini sebahagiannya disebabkan oleh fenomena psikologi pareidolia.

Ia menunjukkan manusia cenderung mencari makna dalam perkara yang hanya disusun secara rawak.

Sumber: The Independent

BACA: NASA Perkenalkan Habitat “Marikh”, Eksperimen Selama Setahun Di Bumi

The post NASA Temui Batu Berbentuk Donut Di Marikh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*