Rugi Tak Tahu, Guna Bahan Ni Je Rumput Depan Rumah Dah Mati

bahan rumput mati

Rugi Tak Tahu, Guna Bahan Ni Je Rumput Depan Rumah Dah Mati

Setiap benda yang wujud di atas muka bumi ini mempunyai peranan masing-masing, tidak kira sama ada kepada ekosistem atau kepada manusia, ia melengkapi kehidupan sejagat.

Namun, peranan itu juga ditentukan oleh mereka sama ada ia berguna atau hanyalah perkara sampingan dan perkara yang boleh dikaitkan di sini ialah rumput.

Rumput merupakan tumbuhan renek yang boleh hidup di tiga tempat berasingan, iaitu darat, sungai dan juga laut.

Seperti yang lain juga, rumput ini mempunyai banyak jenis dan juga boleh dikategorikan sebagai herba mengikut spesisnya.

Bagaimanapun, terdapat jenis rumput yang boleh dikatakan sebagai tumbuhan perosak terhadap tanaman oleh petani.

Jika ia memberi kesan buruk kepada tanaman, maka petani akan menghapuskannya menggunakan beberapa kaedah iaitu secara mekanikal, kimia, kultur dan biologi.

Manakala, lain pula dalam bidang penternakan di mana rumpai dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri.

Kadangkala rumput tumbuh di sekitar rumah dan perkara itu semestinya membuat kita rimas kerana tidak mahu rumah nampak seperti bersemak.

Pelbagai cara telah digunakan namun masih tidak berkesan dan hampir menerima ketentuan bahawa rumput sememangnya perlu ada di rumah.

BACA: Penting Untuk Bakal Pengantin, Wanita Kongsi Tips Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Guna satu bahan je pasti menjadi

Pun begitu, usah bimbang kerana@kebunkecilkaktin di TikTok telah berkongsi cara yang berkesan untuk mematikan rumput yang degil.

Katanya, dia hanya menggunakan satu bahan sahaja dan rumput terus mati pada keesokan harinya.

Tidak susah pun untuk melakukan cara itu kerana bahan juga telah tersedia ada di rumah.

“Saya nak kongsi bagaimana nak matikan rumput dengan garam.

“Gunakan garam murah sahaja, garam kasar,” jelasnya.

Kredit: @kebunkecilkaktin/TikTok

Caranya, hanya taburkan garam itu kepada rumput yang ada di halaman rumah atau di tempat tumbuhan itu tumbuh.

“Taburkan di atas rumput yang tumbuh meliang macam ini dan taburkan secara merata selagi ada rumput taburkan.

“Tabur juga pada rumput kecil yang kita malas nak cabut kalau cuaca panas,” tambahnya.

Hasil taburan garam itu boleh dilihat pada keesokan harinya, di mana rumput yang berwarna hijau telah mula bertukar menjadi kuning, menandakan ia telah kering.

Kredit: @kebunkecilkaktin/TikTok

“Garamnya masih ada tapi rumputnya dah mati.

“Rumput akan ambil jangka masa lama untuk hidup semula. Semua rumput ini akan mati dan mereput,” ujarnya.

Untuk ketahui lebih lanjut, saksikan video di bawah ini dan selamat mencuba!

@kebunkecilkaktin

#gengkebun #jomkebun #mencariredhaallah #tiktokguru_malaysia #fyp

♬ Sayunk I Love You Raya – Chombi

Sumber: @kebunkecilkaktin/TikTok

The post Rugi Tak Tahu, Guna Bahan Ni Je Rumput Depan Rumah Dah Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*