Nepal Larang Guna Aplikasi TikTok

Nepal larang guna TikTok

Nepal Larang Guna Aplikasi TikTok

ANKARA, 14 Nov (Bernama-Anadolu) — Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Isnin itu dijangka dilaksanakan sebaik sahaja persiapan teknikal selesai, lapor Agensi Anadolu, memetik akhbar harian Kathmandu Post.

Minggu lepas, Nepal mewajibkan syarikat media sosial lain termasuk Facebook, X dan YouTube supaya membuka pejabat di negara itu dalam tempoh tiga bulan.

Baca: Bukan Dalam Shopee Je, Kedai Fizikal Pun Mula Terima SPayLater, Ini Cara Guna Dengan Bijak

Pihak berkuasa juga mengarahkan semua platform media sosial mendaftar dengan Kementerian Penerangan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Menurut laporan itu, kerajaan memberi amaran bahawa mereka boleh menutup platform yang tidak didaftarkan di Nepal.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

The post Nepal Larang Guna Aplikasi TikTok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*