Niat Mencuri Terbantut, Pencuri Menangis Dikurung Dalam Bilik & Dibaling Ular Oleh Pemilik Rumah 

pencuri dikurung ular

Niat Mencuri Terbantut, Pencuri Menangis Dikurung Dalam Bilik & Dibaling Ular Oleh Pemilik Rumah 

Niat seorang lelaki di wilayah Aceh, Indonesia untuk mencuri terbantut selepas pemilik rumah mengurungnya di dalam bilik dan membaling seekor ular.

Lapor Tribun News, video yang memaparkan lelaki yang berniat mencuri itu dikurung dengan ular menjadi tular selepas dimuat naik oleh satu akaun TikTok.

“Pencuri takut ular,” tulis pemuat naik.

Satu rakaman yang disiarkan menunjukkan pemilik rumah yang  dipecah masuk itu bertindak untuk mengurung pencuri tersebut dalam satu bilik khas.

Pemilik itu kemudiannya membaling seekor ular sehingga pencuri itu menangis ketakutan.

Dalam video itu, seorang lelaki berbaju merah jambu dilihat memanjat kerusi sambil memegang seekor ular.

Lelaki itu meletakkan ular itu dari atas pintu ke dalam bilik tempat pencuri itu dikurung.

Manakala, pencuri yang ketakutan itu terus menjerit sehingga diserang histeria sambil memecahkan pintu.

Pencuri tersebut hanya mampu mengetuk pintu menunjukkan tanda bahawa dia sangat takut dengan reptilia yang dipegang oleh pemilik rumah itu.

Dia juga takut pemilik rumah itu melemparkan ular kepadanya untuk memberi pengajaran kepadanya.

“Buka! Buka!” jeritnya.

Situasi tidak dijangka itu membuatkan pemilik rumah ketawa selepas mendengar pencuri itu menjerit ketakutan.

Selepas menakutkan pencuri, lelaki berbaju merah jambu itu turun dan mula memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya.

BACA: Leher Dibelit, Lelaki Nekad Gigit Ular Sawa Sekuat Hati Lepaskan Diri Dan Heret Ke Balai Polis

Melihat keadaan panik pencuri itu, lelaki itu semakin teruja untuk mengusiknya.

Malah penduduk dan beberapa remaja yang menyaksikan kejadian itu turut tertawa.

Jeritan itu membuatkan penduduk yang berada di sekeliling mengerumuni rumah tersebut dan perkara itu membuatkan pencuri pasrah apabila dia dimalukan sedemikian rupa.

Sehingga kini, tidak diketahui sama ada ia adalah ular mainan atau ular sebenar.

Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial di Indonesia.

Ramai yang berpendapat bahawa tindakan seperti ini adalah lebih baik untuk memberi pengajaran kepada mereka yang berniat jahat.

Sumber: Tribun News

The post Niat Mencuri Terbantut, Pencuri Menangis Dikurung Dalam Bilik & Dibaling Ular Oleh Pemilik Rumah  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*