Silap Tekan Loceng Rumah, Remaja Ditembak Dua Kali

REMAJA DITEMBAK DUA KALI

Silap Tekan Loceng Rumah, Remaja Ditembak Dua Kali

Seorang lelaki didakwa menembak seorang remaja yang tersilap menekan loceng rumahnya ketika mahu menjemput adiknya.

Tertuduh yang berusia 85 tahun didakwa atas kesalahan serangan bersenjata tahap 1 dan jenayah bersenjata.

Menurut laporan BBC, suspek menembak Ralph Yarl, 16 tahun, sebanyak dua kali masing-masing sekali di kepala dan sekali lengan. Mangsa dilaporkan terselamat.

Pendakwa raya dalam hujahnya berkata, serangan tersebut mempunyai unsur-unsur ‘perkauman’. Bagaimanapun, suspek tidak dikenakan sebarang tuduhan jenayah kebencian dan dokumen pertuduhan tidak memperincikan berkenaan dakwaan tersebut.

Remaja ditembak dua kali ketika jemput adik

”Mesej saya kepada komuniti di daerah Clay County ini, kita menguatkuasakan undang-undang dan patuh kepada undang-undang tersebut.

”Tidak kira dari mana kamu berasal, bagaimanakah rupa kamu atau berapa banyak duit yang kamu ada,” kata pendakwaraya yang mewakili mangsa.

Terdahulu, polis sudahpun menahan suspek pada Ahad lepas untuk siasatan lanjut. Namun, suspek kemudian dilepaskan sekaligus mencetuskan ketegangan dalam komuniti setempat.

Isnin lepas, komuniti itu turut berkumpul berhampiran rumah suspek bagi mengadakan protes berhubung jenayah tersebut.

”Anda tidak boleh menembak seseorang tanpa justifikasi apabila loceng pintu rumah anda ditekan. Loceng rumah anda ditekan bukan justifikasi untuk anda menembak sesiapa,” kata peguam yang mewakili mangsa.

Dalam pada itu, keluarga mangsa mendedahkan remaja berkenaan keluar menjemput adik kembarnya yang berada di rumah kawan ketika dia tersilap menekan loceng rumah suspek.

Mangsa tersilap lorong sebelum ditembak

Mangsa dilapor tersilap lorong iaitu menekan loceng dua kali di rumah suspek yang terletak di lorong 115th Street. Remaja itu sepatutnya mengambil adiknya di lorong 115th Terrace.

Selepas ditembak, mangsa sempat melarikan diri dan menuju ke sekurang-kurangnya tiga buah rumah sebelum seseorang menghulurkan bantuan.

Keluarga mendakwa, suspek melepaskan tembakan dan langsung tidak bertanya berkenaan identiti remaja itu ketika mangsa tersilap menekan loceng rumahnya.

Bagaimanapun, seorang lagi peguam yang mewakili keluarga mangsa memberikan kenyataan yang berbeza.

”Dia (mangsa) mendengar bunyi bising di dalam rumah sebelum pintu dibuka. Kemudian seorang lelaki muncul dan memberi amaran ”Pergi, jangan datang ke sini lagi” sebelum tembakan dilepaskan secara tiba-tiba,” kata peguam itu.

BACA: Nantikan, PM Dijangka Umum Berita Gembira 2 Petang Ini

Sumber: BBC

The post Silap Tekan Loceng Rumah, Remaja Ditembak Dua Kali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*