NOAH Umum Bakal Berehat Panjang

noah berehat panjang

NOAH Umum Bakal Berehat Panjang

Selepas ditubuhkan selama 11 tahun, kumpulan muzik popular Indonesia, NOAH membuat keputusan untuk berehat panjang dalam tempoh dua bulan akan datang dan ia mengejutkan para peminat, lapor Detik.

Vokalis NOAH, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham mengumumkan berita itu sewaktu membuat persembahan di konsert The Great Journey of NOAH di Eldorado Dome, Bandung pada 16 September lalu.

“Kami ada berita buruk. Tahun ini, selepas September, kami (NOAH) mahu berehat panjang,” kata vokalis kumpulan yang dahulunya dikenali sebagai Peterpan itu.

Bagaimanapun, Ariel tidak menjelaskan berapa lama kumpulannya akan berehat namun yang pastinya rancangan tersebut akan dimulakan pada tahun hadapan.

“Ya, tahun ini, secara asasnya, saya rasa sehingga Disember, selepas Disember kita mahu berehat panjang,” jelas Ariel memetik Liputan6.

BACA: Bakal Adakan Konsert Di KL Lagi Dua Hari, Band Muzik Popular NOAH & Ariel Tiba Di Malaysia

Difahamkan juga, keputusan untuk berehat panjang itu dibuat bagi memberi masa kepada ahli kumpulan berkenaan berehat dan meneruskan projek peribadi masing-masing.

Dalam pada itu, Ariel turut memberitahu harapannya agar mereka dapat kembali dengan semangat yang baru selepas berehat.

Dia turut mengatakan NOAH akan mengeluarkan beberapa lagu baharu dan berharap ia boleh menjadi penawar buat peminat.

“Kami rehat dulu, jadi sebab itu kami keluarkan lagu baharu ini. Semoga menjelang Disember nanti kami boleh menyanyikannya bersama-sama,” jelasnya.

Di kesempatan itu, Ariel melahirkan rasa terima kasih kepada semua peminat yang menyokong mereka selama ini.

“Malam ini (16 September) sangat-sangat istimewa untuk kami. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana memilih untuk meluangkan masa bersama Noah malam ini, terima kasih banyak-banyak.” ujarnya.

Walaupun pengumuman cuti panjang ini mungkin agak mengecewakan, peminat NOAH berkata mereka masih menyokong dan menantikan kepulangan kumpulan itu pada masa hadapan.

Rata-rata mereka meninggalkan komen menyatakan walau apa pun keputusan mereka, peminat akan sentiasa menghormatinya.

Sumber: Detik, Liputan6

BACA: Tak Puas Hati Dengan Keputusan Pengadil Dan Kalah, “Coach” Dan Pemain Kejar Pengadil

The post NOAH Umum Bakal Berehat Panjang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*