Hanya 36 Unit, Jentera Kacuk R35 Dengan R34 Bakal Dihasilkan

Artisan hasilkan kereta R35

Hanya 36 Unit, Jentera Kacuk R35 Dengan R34 Bakal Dihasilkan

Artisan Vehicle Design (AVD) baru-baru ini dilapor akan menghasilkan jentera khas hasil kacukan Nissan GT-R R35 dengan Nissan Skyline R34.

Pengumuman itu pantas menarik perhatian para peminat JDM, khususnya peminat jentera yang diberi gelaran Godzilla itu.

Menurut AVD, jentera khusus itu akan dibina menggunakan casis R35 sebagai asas sebelum dipadankan dengan panel badan R34 yang diinspirasikan oleh Noughties.

Antara elemen R34 paling menonjol pada jentera ini sudah tentu rekaan pada bahagian lampu belakang dan bahagian depan.

Selain itu, sayap belakang yang besar saling tidak ubah seperti kereta dalam filem Fast and Furious atau Gran Turismo juga dipasang pada jentera ini.

Kredit Artisan

Manakala pada bahagian sisi dan bumbung pula, elemen R35 terus menonjol dengan panel dibina menggunakan bahan gentian karbon untuk mengurangkan berat badan kereta.

Untuk nadinya pula, kereta itu akan dipasang dengan enjin V6 3.8 liter dengan pengecas turbo berkembar. Bagaimanapun ia akan ditala semula oleh tuner daripada AVD sendiri.

Memetik Top Gear pula, AVD juga dikatakan akan menaik taraf fungsi brek, tayar dan suspensi pada jentera ini.

Mereka juga akan menghasilkan ekzos khas untuk jentera ini yang dipasang menerusi corong ekzos R35 sedia ada.

Berdasarkan laman web AVD, terdapat dua pilihan Artisan GT-R yang ditawarkan iaitu versi 800bhp Track dan 1,000 bhp Ultimate.

Difahamkan, AVD turut menawarkan tiga pilihan warna yang boleh ditempah iaitu Bayside Blue, Milenium Jade dan Midnight Purple.

Kredit Artisan

Penambahbaikan lain dalam rekaan itu termasuk juga pemilihan gear, stereng, kad pintu dan tempat duduk.

Menurut perancangan AVD, jentera kacuk ini akan dihasilkan dalam kuantiti terhad iaitu hanya 36 buah sahaja.

Manakalan ‘hantaran’ yang perlu disediakan untuk ‘meminang’ seunit jentera ini pula bermula pada harga £369,000 (RM2.17 juta).

Car Throttle berkata, jika semua perancangan AVD berjalan lancar, Artisan GT-R dijangka akan dilancarkan pada tahun depan.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Top Gear, Car Throttle, Artisan Vehicle Design

The post Hanya 36 Unit, Jentera Kacuk R35 Dengan R34 Bakal Dihasilkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*