Norreen Sebak, Kongsi Kisah Hujan Lebat & Doa Makbul Di Bulan Rejab

norreen doa termakbul sekelip mata

Norreen Sebak, Kongsi Kisah Hujan Lebat & Doa Makbul Di Bulan Rejab

Pempengaruh media sosial, Norreen Iman berkongsi kisah luar biasa yang dialaminya ketika terperangkap dalam kejadian hujan lebat.

Norreen Iman Binti Abdullah, 30 telah berkongsi kisah tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story (@norreen143) baru-baru ini.

Menurut Norreen, kejadian berkenaan berlaku pada bulan Rejab dan turut disaksikan oleh rakannya, Tya.

Ketika itu, mereka berdua dalam perjalanan ke kedai dengan menaiki sebuah kereta bersama-sama.

Bagaimanapun, dalam perjalanan itu, hujan turun dengan selebat-lebatnya sehingga menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak.

Malah, Norreen menggambarkan keadaan di luar kereta ketika itu kelihatan seolah-olah berwarna kelabu.

Seperti yang dialami pengguna kenderaan lain, hujan menyebabkan perjalanan sedikit terganggu biarpun sudah tiba di lokasi yang hendak dituju.

“Tya, ada payung tak,” soal Norreen kepada rakannya.

Malangnya, Norreen tidak mendapat respon yang diharapkan dan mereka buntu bagaimana mahu keluar menuju ke kedai.

Memandangkan rakannya memakai pakaian yang tidak sesuai jika terkena hujan, maka Norreen mengambil keputusan untuk keluar dahulu.

Namun, baru sahaja membuka pintu kereta beberapa saat, tangan Norreen terus basah kuyup.

Melihat keadaan itu, Norreen sudah dapat mengagak bahawa mereka pasti akan lencun sekelip mata sekiranya nekad untuk keluar.

“Ya Allah, macam mana nak keluar kereta ni,” getus Norreen yang merasa terperangkap di dalam situasi tersebut.

Tiba-tiba, Norreen merasa sebak…

Ketika dia menyambung cerita itu, suaranya tiba-tiba kedengaran bergetar seolah-olah sedang menahan sebak.

“Biasa hujankan bising (merujuk bunyi titisan air yang menimpa tingkap kereta). Tapi, tiba-tiba kereta yang kami duduk jadi senyap.”

Suasana sunyi sepi rupa-rupanya menjadi tanda bahawa hujan sudah pun berhenti.

Situasi itu terus menjentik hati Norreen dan membuatkan dia termenung sejenak.

Kata Norreen, apa yang dibuatnya sebelum hujan itu berhenti adalah merintih memohon pertolongan Allah S.W.T ketika berdepan kesulitan.

Namun, siapa sangka bahawa rintihannya itu merupakan satu doa yang terus dimakbulkan oleh Allah S.W.T secara sekelip mata.

“Bukan aku je yang terkejut, kita (merujuk dirinya dan Tya) yang dalam kereta pun tak terkata,” katanya.

Melihat keadaan tersebut, mereka segera keluar dari kereta dan menuju ke kedai yang ingin ditujunya.

Selepas tiba di kedai tersebut, hujan lebat kembali turun menyebabkan mereka menjadi lebih terkesima.

Anda boleh tonton video dibawah untuk mengetahui cerita penuh Norreen.

@mellyyyyyyyyje

Seram n terharu semua ada 😭 #ftpシ

♬ original sound – Bunga – Bunga

@mellyyyyyyyyje

Meremang sangat niii😭

♬ original sound – Bunga – Bunga

@mellyyyyyyyyje

Meremang sangat niii😭

♬ original sound – Bunga – Bunga 🌹

BACA: Menyepi Sejak 2015, Friendster Bakal Kembali?

Sumber: @noreen134 via Instagram

The post Norreen Sebak, Kongsi Kisah Hujan Lebat & Doa Makbul Di Bulan Rejab appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*