Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari

Berpuluh-puluh tetamu sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di tepi pantai berdepan detik cemas apabila ombak besar menghempas lokasi acara tersebut, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Adegan dramatik itu berlaku di kelab Keauhou Kona Surf & Racquet di bandar Kailua, negeri Hawaii, Amerika Syarikat.

Rakaman video menunjukkan ombak bergelora sepanjang majlis yang diadakan di tepi pantai itu berlangsung.

Ombak yang pada mulanya kelihatan terkawal menjadi ganas secara tiba-tiba apabila ia menghempas dinding penghadang lalu menyebabkan para tetamu lari menyelamatkan diri.

Hanya dalam masa beberapa saat, majlis perkahwinan itu ditenggelami air dan semua perhiasan rosak.

“Tetamu berkata meskipun kejadian itu di luar jangkaan, namun perkahwinan itu masih indah. Apa yang penting tiada siapa kecederaan dilaporkan cuma kek sahaja yang menjadi ‘mangsa’,” demikian laporan media tempatan.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, pantai yang menghadap ke selatan berisiko mengalami ombak yang boleh memuncak pada ketinggian empat hingga enam meter sehingga Isnin depan. – Agensi

BACA: Pasangan kekasih teruja, terkejut temui pisang terbesar di dunia

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*