OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat

OPR Naik Kerajaan Perbelanjaan

OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat

PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) — Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan mendorong kerajaan menguruskan perbelanjaan negara secara berhemat, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Kalau OPR naik, secara tidak langsung ia akan memaksa kerajaan untuk berbelanja dengan baik dan secara berhemat kerana kos untuk berhutang lebih tinggi,” katanya  mengulas mengenai keputusan BNM menaikkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus pada Rabu lepas hari ini.

Ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri anjuran Kementerian Ekonomi di sini, Rafizi berkata antara instrumen untuk mengawal aliran kewangan dalam ekonomi ialah dengan menaikkan kadar OPR.

BACA JUGA: BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 3.00 Peratus

Mengakui peningkatan OPR mempunyai kesan terhadap kos sara hidup rakyat, beliau bagaimanapun berkata ia dilihat secara keseluruhan antaranya dari segi pengukuhan mata wang negara.

“Kalau kita tidak sesuaikan kadar (OPR) kita dengan pasaran dunia, ia akan memberi kesan lain seperti risiko dana atau portfolio pelaburan keluar akhirnya melemahkan mata wang negara dan mengurangkan pelaburan,” katanya.

Sumber: BERNAMA  

The post OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*