Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Polis Peru Berjaya Selamatkan 43 Warga Malaysia 

macau scam warga malaysia

Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Polis Peru Berjaya Selamatkan 43 Warga Malaysia 

PUTRAJAYA — Seramai 43 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia Sindiket Macau Scam telah berjaya diselamatkan oleh polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis tempatan telah mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima di mana kesemua mangsa warganegara Malaysia telah dikenalpasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini.

Maklum kenyataan itu lagi, pihaknya akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima,” maklum kenyataan tersebut.

BACA JUGA: Kemarau Berlarutan, Penduduk Terpaksa Ambil Air Dari Batang Pokok Pisang Untuk Diminum

401 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Penipuan Diselamatkan

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara sehingga 13 Februari lalu.

KLN berkata daripada jumlah laporan yang didapati melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar) itu, seramai 401 orang telah berjaya diselamatkan, dengan 377 orang telah dihantar pulang.

“Baki seramai 24 orang yang lain sedang ditahan di depoh tahanan sementara menunggu proses pengusiran pulang, manakala 163 orang lagi masih sedang dikesan,” maklum KLN.

Perkara itu bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang antara lain mahu kementerian menyatakan mengapa tindakan tidak diambil untuk membantu menyelamatkan warga Malaysia yang ditipu dan diculik oleh sindiket scam pekerjaan di Kemboja dan mengapa Special Task Force tidak ditubuhkan untuk berunding dengan pihak Kemboja.

Sumber: Wisma Putra

The post Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Polis Peru Berjaya Selamatkan 43 Warga Malaysia  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*