Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

oyen 'taiko' taman

Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Seperti yang diketahui, kucing merupakan yang haiwan penuh dengan seribu satu ragam. Si bulus ini juga merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak dibela oleh orang ramai.

Sekiranya anda salah seorang pencinta haiwan ini, pastinya sudah ‘masak’ dengan kenakalannya namun ada saja karenahnya di luar kotak pemikiran kita.

Kebiasaannya, kucing sering memburu haiwan yang lebih kecil seperti cicak, burung dan tikus di sekitar rumah. Namun, si bulus ini takut kepada air dan sering dikejar oleh haiwan peliharaan lain iaitu anjing.

Pun begitu, semua perkara diatas tidak berlaku dengan status kucing berbulu oren atau nama popular “Oyen”.

Sudah beberapa kali kita menyaksikan kucing ini sering mempunyai tingkah laku yang aneh dan menghiburkan hati orang ramai. Bahkan sifatnya kadang-kala tak ubah seperti “Kapla Oyen” atau ketua gengster kucing.

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seekor kucing berwarna oren mengejar anjing sewaktu melalui kawasan rumah.

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun @cheezelsikucing di TikTok memaparkan gelagat si bulus itu.

Tak ubah seperti Gengster Kawasan

Oyen yang dikenali sebagai Cheezal itu sering kelihatan tenang sewaktu bermain di sekeliling rumah di sebuah taman.

Bagaimanapun, apabila melihat mana-mana anjing yang melalui atau berada berhampiran rumah, dia terus dalam posisi ‘menyerang’ musuh.

BACA JUGA: Gelagat Oyen Jadi ‘Backup Singer’ Tuai Komen Wargamaya

Kucing itu kemudiannya berlari sepantas kilat menuju ke arah anjing itu berada seolah-olah mengusir haiwan itu daripada memasuki kawasannya.

Perkara itu tak ubah seperti ketua gengster yang menjaga kawasannya daripada dicerobohi oleh mana-mana ahli lain.

Tak Cukup Tanah Lari

Menariknya, mana-mana anjing yang melihat Cheezal meluru ke arah mereka bertempiaran lari seolah-olah takut dengan oyen itu.

Menurut pemilik video, dia sering memantau oyen itu kerana terlalu hyperactive

“Ni sedutan dari live semalam. Ummi memang sentiasa pantau Cheezal sepanjang dia merayap. Sebab semalam Cheezal nakal sangat, so hari ini tak boleh keluar. Ronda dalam kereta je,” tulis kapsyen pada video berkenaan.

Pecah Perut Netizen Tengok Gelagat Cheezal Si Oyen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat dan karenah Cheezal terhadap anjing-anjing di sekitar kawasan itu.

Sebahagian mereka berseloroh dengan perangainya seperti samseng jalanan bahkan ada yang terkejut kerana kali pertama melihat anjing takut kepada kucing.

anjing lari oyen taiko anjing lari oyen taiko anjing lari oyen taiko

@cheezelsikucing

Ni sedutan dari live semalam. Ummi memang sentiasa pantau Cheezel sepanjang dia merayap. Sebab semalam cheezel nakal sgt, so hari ni tak boleh keluar. Ronda dalam kereta je🙄#cheezelsikucing #cheezelthecat #gengoyen #cheezeldantruffle #squadcheezel #kucingdalamkereta #oyenbuathal #kucingnakal

♬ original sound – daniel – Kucing Expert Daniel

Untuk makluman, video ini mendapat lebih daripada 150,000 tontonan dengan lebih 13,000 tanda “Suka” dan pelbagai komen daripada netizen.

Sumber: TikTok @cheezalsikucing

The post Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*