Padu Suara, YB Sanusi Santai ‘Payung’ Lagu Nafisa Dalam Sesi Live TikTok

sanusi nafisa tiktok

Padu Suara, YB Sanusi Santai ‘Payung’ Lagu Nafisa Dalam Sesi Live TikTok

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor menyanyikan lagu Nafisa kepada para penonton sesi siaran langsungnya di TikTok pada malam tadi.

Bersahaja mengenakan t-shirt putih dan kopiah, Ahli Dewan Undangan Negari (ADUN) Jeneri ini diketahui sering berkomunikasi dengan orang ramai di media sosial, khususnya melalui platform TikTok.

Selain menyelami masalah yang dihadapi rakyat, khususnya warga Kedah, kali ini YB Sanusi juga berkesempatan untuk ‘belanja’ bakat nyanyiannya dengan orang ramai.

Tindakan bersahaja Menteri Besar Kedah itu nyata berjaya mencuri tumpuan warga maya dan rakaman nyanyian beliau kemudian turut tular.

Dalam sesi siaran langsung itu, beliau telah menyanyikan lagu Nafisa, dendangan asal kumpulan rock tempatan, XPDC.

“Lembah curam yang ngeri aku harungi…sepuluh musim yang benderang, bagai di rendam perasaan, mentari terik tak terasa, awan berlalu mendung berganti masa,” YB Sanusi menyanyikan sebagaian daripada lirik lagi tersebut.

Nyanyian YB Sanusi pantas meraih pujian warga maya khususnya pengikut setia saluran TikTok beliau.

“Setakatlah 10 kali dah aku dok ulang. Haish….. Sedap pulak MB nyanyi…,” tulis seorang pengguna.

“Amboi MB, nanti artis marah tak boleh nak cari makan,” tambah komen seorang pengguna lain.

Untuk makluman, Nafisa merupakan lagu dendangan kumpulan rock, XPDC yang dikeluarkan pada 1994 menerusi album Kita Peng-Yu.

@money_heist999

♬ bunyi asal – M o n e y  H e i s t   – M o n e y  H e i s t  🤡👺

YB Kedah yang popular, antara pemimpin politik tumpuan tanah air

YB Sanusi merupakan Menteri Besar Kedah dan populariti beliau dalam landskap politik tanah meningkat naik sejak kebelakangan ini.

Beliau sering menjadi tumpuan media, khususnya menerusi ucapan-ucapan yang dibuat ketika berucap di pentas-pentas ceramah, khususnya sepanjang PRN yang lalu.

Menang di DUN Jeneri, beliau dikekalkan oleh partinya sebagai Menteri Besar Kedah.

Selain menjadi pemimpin politik, beliau turut dikenali sebagai seorang individu yang aktif di atas padang. Beberapa keping gambarnya bermain bola sepak dan rugby juga pernah tular sebelum ini.

BACA: Frasa Keramat Disalahguna, Azri Walter Jelaskan Maksud Sebenar ‘Sebab Boleh Dik’

Sumber: money_heist999 via TikTok

The post Padu Suara, YB Sanusi Santai ‘Payung’ Lagu Nafisa Dalam Sesi Live TikTok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*