Wanita Terkejut Temui Bilik Misteri Ketika Menginap Di Apartmen

wanita terkejut temui bilik

Wanita Terkejut Temui Bilik Misteri Ketika Menginap Di Apartmen

Amerika Syarikat — Seorang wanita yang menginap di sebuah apartmen mendakwa menemui pintu yang menuju ke satu bilik misteri, lapor Newsweek.

Wanita dari Kansas City, Missouri itu telah menginap di sebuah apartmen bawah tanah yang ditempahnya melalui platform homestay yang popular semasa percutian di Chicago, Illinois bersama keluarganya, pada akhir Disember lalu.

Dia dan keluarganya tiba di apartmen tersebut pada jam 4 pagi. Walaupun merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada awalnya, tetapi dia memilih untuk tidak memikirkannya  dan membuat keputusan untuk berehat.

Gambar: TikTok NOTXH2

“Saya perhatikan terdapat banyak pintu rawak di dalam rumah itu yang tidak pernah ditunjukkan dalam laman web tersebut,” katanya kepada Newsweek.

Namun, tidak lama selepas itu dia dan sepupunya tersedar mengenai sesuatu.

“Ketika bersiap-siap untuk tidur, saya dan sepupu melihat lampu menyala di salah satu bilik yang berkunci. Kami memutuskan untuk cuba membuka pintu itu dan berjaya melakukannya,” jelasnya lagi.

Dalam satu video yang dikongsikan di akaun TikTok, dia menunjukkan keadaan sebuah bilik yang luas dan gelap, seperti ruang bawah tanah. Malah, terdapat pintu kayu yang berkunci dan juga rantai di atas tanah.

Terkejut dengan penemuan itu, dia terus keluar dan memanggil ibunya untuk melihat bilik tersebut.

“Apabila ibu saya melihatnya, dia juga terkejut kerana ia tidak pernah ditunjukkan dalam laman web dan ia kelihatan menakutkan,” tambahnya.

Gambar: TikTok NOTXH2

BACA: (Video) Dah 5 Tahun Menetap Di Situ, Pemilik Terkejut Temui Bilik ‘Rahsia’ Di Sebalik Dinding Rumah

Apa yang lagi menakutkan apabila mereka mendakwa mula mendengar bunyi ketukan.

Mereka memutuskan untuk menelefon tuan rumah. Tetapi, tidak lama kemudian dihubungi sendiri oleh pihak yang mengendalikan tempahan rumah itu. Semasa panggilan sedang berlangsung, mereka terpaksa menyekat pintu dengan meja.

Jelasnya, meskipun mereka ditawarkan bayaran balik tetapi mereka berasa tidak selamat di rumah itu. Malah, mereka terpaksa berjaga sehingga pagi dan kerap diganggu bunyi bising.

Gambar: TikTok NOTXH2

Selepas itu, dia dan keluarganya keluar daripada rumah tersebut dan menginap di rumah yang lain untuk malam berikutnya. Bagi mereka, itulah pengalaman menakutkan yang pernah dialami.

Bagaimanapun, pihak rumah itu memberitahu Newsweek bahawa mereka tidak menerima laporan tentang perkara tersebut dari orang lain. Mereka juga menyatakan bahawa rumah tersebut digambarkan sebagai apartmen ‘unit bawah tanah yang luas’ di laman web mereka.

Tambahan pula, rumah itu mempunyai penarafan 4.84 bintang dan menerima ulasan yang baik.

Sumber: newsweek

The post Wanita Terkejut Temui Bilik Misteri Ketika Menginap Di Apartmen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*