Pakai Duit Sendiri Ke? Ini Cara Kira & Nak Buat Penyucian Dividen KWSP

cara kira penyucian dividen kwsp

Pakai Duit Sendiri Ke? Ini Cara Kira & Nak Buat Penyucian Dividen KWSP

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen simpanan yang akan diterima setiap pencarumnya.

Menurut KWSP, bagi simpanan sepanjang 2023, pencarum menikmati dividen sebanyak 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus bagi Simpanan Shariah.

Begitupun, bagi pencarum yang beragama Islam dan masih belum beralih ke Simpanan Shariah, mereka perlu melakukan penyucian dividen bagi Simpanan Konvensional yang diterima.

Hal ini kerana, simpanan mereka yang diuruskan dibawah Simpanan Konvensional menerima dividen daripada pelaburan bercampur antara yang patuh shariah dengan pelaburan konvensional.

Manakala Dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan konvensional perlu disucikan seperti yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

“Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba’, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

(a) Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

(b) Diserah kepada golongan fakir miskin”.

Cara kira & buat penyucian dividen KWSP

Lalu timbul pertanyaan, bagaimana penyucian dividen ini hendak dibuat? Apakah caranya? Guna duit sendiri dulu atau simpanan daripada KWSP?

Sebelum kita ulas lanjut caranya, mari kita teliti dahulu bagaimana mahu mengira jumlah dividen yang perlu disucikan.

Mula-mula, anda perlu menentukan dahulu bila Simpanan Konvensional anda bertukar kepada Simpanan Shariah.

Menurut KWSP, Simpanan Shariah  hanya diperkenalkan bermula pada 2017. Ahli KWSP yang beragama Islam dikecualikan daripada melakukan penyucian dividen sebelum wujudnya Simpanan Shariah (2016 dan tahun-tahun sebelumnya).

Oleh itu, penyucian dividen hanya perlu dibuat bagi simpanan selepas tahun 2017 sahaja. Misalnya, jika ahli KWSP beragama Islam bertukar kepada Simpanan Shariah pada 2023, maka mereka perlu melakukan penyucian dividen bagi tahun 2017 hingga 2022 sahaja.

Penyucian perlu dilakukan untuk tahun-tahun dividen Simpanan Konvensional diterima

cara kira penyucian dividen kwsp

Selesai satu perkara. Mari beralih kepada cara pengiraannya pula. Setiap tahun, KWSP ada mengeluarkan had atau peratusan jumlah dividen Simpanan Konvesional yang perlu disucikan sekiranya pencarum belum beralih ke Simpanan Shariah.

Bagi simpanan pada 2023, KWSP menetapkan bahawa jumlah dividen Simpanan Konvensional yang perlu disucikan adalah sebanyak 66 peratus.

Jadi, cara pengiraannya adalah seperti infografik dibawah.

cara kira penyucian dividen kwsp

cara kira penyucian dividen kwsp

cara kira penyucian dividen kwsp

Contoh pengiraannya:

66%/100% x (jumlah dividen yang diterima: cth RM1000)

66/100 x RM1000 = RM660

Bagaimana pula dengan jumlah peratusan dividen yang perlu disucikan untuk tahun-tahun sebelumnya? Anda boleh rujuk jadual dibawah.

Jadi, anda cuma perlu mendapatkan maklumat jumlah dividen yang diterima bagi Simpanan Konvensional setiap tahun dan buat pengiraan berdasarkan jumlah penyucian dividen yang ditetapkan pada tahun tersebut.

Setelah dibuat pengiraan, bagaimana cara kita hendak membuat penyucian?

Menurut KWSP, penyucian dividen boleh dilakukan sama ada menggunakan simpanan KWSP yang layak dikeluarkan (sekiranya ada), atau menggunakan sumber kewangan lain yang dimiliki oleh ahli.

Keputusan sama ada hendak melakukan penyucian dividen atau tidak adalah atas kehendak diri sendiri pencarum. Penyucian dividen adalah dikecualikan dalam dua situasi tersebut:

Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama negeri masing-masing berhubung isu ini.

Anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim KWSP untuk maklumat lanjut.

BACA: Wang Tabung Haji Tak Hilang, Dipindah Masuk Dalam Akaun Bank Pengadu Sendiri

Sumber: KWSP

The post Pakai Duit Sendiri Ke? Ini Cara Kira & Nak Buat Penyucian Dividen KWSP appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*