Mangsa Tercampak Sejauh 15 Meter, Fun Fair Ditutup Serta-Merta – Polis

mangsa fun fair tercampak

Mangsa Tercampak Sejauh 15 Meter, Fun Fair Ditutup Serta-Merta – Polis

KOTA KINABALU — Polis mengarahkan tapak pesta ria (fun fair) di Likas ditutup serta-merta selepas dua mangsa cedera kerana tercampak sejauh 15 meter ketika menaiki permainan sotong ride pada Rabu.

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kedua-dua mangsa yang terlibat adalah seorang lelaki berusia 35 tahun dan wanita yang berumur 29 tahun.

Kata Mohd Zaidi, siasatan awal mendapati tapak pesta ria tersebut telah beroperasi di Kompleks Sukan Likas sejak 2 Februari lalu hingga 10 Mac ini, bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

“Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk permainan jenis sotong ride tercampak dan jatuh sejauh 15 meter dari tempat permainan itu sedang berpusing.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) bagi mendapatkan rawatan. Mangsa lelaki cedera di bahagian kepala dan menjalani pembedahan manakala mangsa wanita juga cedera di kepala dan luka bahagian muka kanan berhampiran mata,” maklumnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian pada Khamis.

Berikutan itu, tapak pesta ria berkenaan diarahkan tutup serta-merta.

 BACA: Sebahagian LTU Seskyen 5A: Raub ByPass Dibuka 12.01 Tengah Malam Ini

“Penutupan tempat permainan itu adalah supaya pihak penganjur boleh memeriksa kembali tahap keselamatan semua jenis permainan yang dikendalikan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sebelum ini, dua pengunjung fun fair dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada salah sebuah permainan yang beroperasi di situ. Video berhubung kejadian itu turut tular melalui aplikasi WhatsApp.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Insiden itu turut disahkan oleh polis Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, mangsa hanya cedera dan kejadian itu tidak melibatkan kematian, maklum  Mohd Zaidi ketika dihubungi.

“Ya, seorang lelaki dan wanita cedera namun tiada yang meninggal dunia,” katanya melalui WhatsApp pada malam Rabu.

BACA JUGA: Ketahui Ciri-ciri Logo Halal Malaysia Yang Ada Pada Setiap Produk

Sumber: Sinar Harian

The post Mangsa Tercampak Sejauh 15 Meter, Fun Fair Ditutup Serta-Merta – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*