“Pakaian Istiadat Yang Penuh Makna,” Naib Canselor UiTM Harap Graduan Hormati Jubah Konvokesyen

Jubah Konvokesyen Naib Canselor

“Pakaian Istiadat Yang Penuh Makna,” Naib Canselor UiTM Harap Graduan Hormati Jubah Konvokesyen

Setiap mahasiswa dan mahasiswi yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat Universiti akan diberikan penghormatan dalam satu majlis yang dikenali sebagai Istiadat Konvokesyen.

Dalam istiadat yang dilangsungkan secara tahunan ini, setiap graduan bakal diberikan satu pakaian khas yang perlu dipakai sewaktu istiadat itu iaitu jubah, selempang dan mortar board.

Uniknya, setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) mempunyai rekaan, corak dan warna jubah konvokesyen mereka tersendiri bagi melambangkan identiti sesebuah IPT.

Sebelum istiadat ini diadakan, graduan bakal diberikan jubah sekitar seminggu sebelum hari konvokesyen. Dalam tempoh ini, sesetengah graduan tidak melepaskan peluang untuk mengambil pelbagai gambar pra konvokesyen di tempat-tempat menarik sebagai kenang-kenangan.

Pun begitu, sebelum ini tular pelbagai kandungan video yang dimuat naik oleh sesetengah graduan memakai jubah berkenaan sambil melakukan pelbagai aktiviti.

Hormati Jubah  & Mortar Board Konvokesyen

Susulan itu, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr. Shahrin @ Sahib Sahibuddin menitipkan pesanan kepada para graduan universiti untuk menghormati pakaian akademik tersebut.

Jelasnya, tidak semua insan dapat merasai pengalaman memakai pakaian berkenaan.

BACA JUGA: Terhibur, Isteri Tengah “Nervous” Nak Konvo, Suami & Ayah Masuk Dewan Santai Tertidur

“Jubah ini merupakan satu pakaian istiadat yang penuh makna dan kami juga para akademik menyarung jubah ini sebagai tanda simbol kepada ilmu yang kami junjung.

“Pemakaian songkok mahupun mortar board yang dipakai oleh mahasiswa sebenarnya takrifannya adalah untuk menjunjung ilmu yang telah dianugerahkan kepada mereka.

“Jadi sesuai dengan itu, besarlah harapan saya semua mahasiswa dan graduan UiTM malah graduan Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian ini kerana bukan sebarang orang yang boleh menyarung jubah tersebut yang melambangkan kesarjanaan dan keilmuan yang mereka junjung itu,” nasihatnya dalam klip tersebut.

Tambahnya, sejak kebelakangan ini beliau melihat terdapat segilintir graduan memakai jubah tersebut sambil membuat content di media sosial.

“Saya pasti mereka ingin memperlihatkan tentang apa yang telah dianugerahkan oleh mereka.

“Tetapi pada pandangan peribadi saya, letaklah jubah itu, letaklah mortar board itu sejajar dengan apa yang ditauliahkan yang melambangkan ilmu yang sangat mulia dan tinggi yang telah dianugerahkan kepada mereka,” katanya lagi.

Sumber: TikTok @uitm_channel

The post “Pakaian Istiadat Yang Penuh Makna,” Naib Canselor UiTM Harap Graduan Hormati Jubah Konvokesyen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*