PUSPAL Buat Laporan Polis Terhadap “Band” The 1975 Dan Penganjur Konsert Good Vibes

puspal laporan polis the 1975 good vibes

PUSPAL Buat Laporan Polis Terhadap “Band” The 1975 Dan Penganjur Konsert Good Vibes

Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah membuat laporan polis terhadap kumpulan The 1975 serta pihak penganjur kerana gagal patuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu, pihaknya amat kesal dengan perlakuan biadab artis kumpulan luar negara tersebut ketika mengadakan persembahan di Good Vibes Festival yang berlangsung pada semalam di Sepang.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan oleh artis tersebut merupakan satu penghinaan, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar budaya Malaysia.

“Tindakan yang ditunjukkan oleh artis tersebut merupakan satu penghinaan, memperlekehkan undang-undang negara serta melanggar tatasusila rakyat Malaysia,” tulis kenyataan itu.

Pihak penganjur telah memberi jaminan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut.

“Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut,” tulis kenyataan itu.

Selain itu, JK-PUSPAl juga sebulat suara telah membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan The 1975 daripada membuat persembahan di negara ini lagi.

Kementerian Komunikasi tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan sensitiviti

KKD juga menyatakan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan provokasi sewaktu sedang melakukan persembahan di negara ini.

“KKD sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan provokasi serta melakukan aksi biadab. Terutamanya dalam persembahan yang diadakan di Malaysia,” akhiri kenyataan tersebut.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

Terdahulu, persembahan kumpulan yang dinamakan The 1975 itu menjadi kecoh susulan aksi kucupan dengan gitaris kumpulan tersebut di atas pentas, lapor Gempak.

Memetik ciapan Twitter milik seorang individu, Matty telah memberitahu bahawa tidak ada orang yang boleh menentukan dengan siapa dia boleh atau tidak boleh untuk lakukan hubungan seks.

“Kamu tidak meminta saya datang ke negara kamu dan memberitahu saya dengan siapa saya boleh dan tidak boleh melakukan hubungan seks,” kata Matty sebelum mencium gitaris kumpulan berkenaan.

“Okay itu sahaja daripada kami. Kami digam daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur. Bye guys,” katanya lagi selepas aksi biadap tersebut.

Sumber: Fahmi Fadzil

The post PUSPAL Buat Laporan Polis Terhadap “Band” The 1975 Dan Penganjur Konsert Good Vibes appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*