Panasonic Perkenalkan Ketuhar Cubie Oven Perolakan Stim Baharu, Tawarkan Pilihan Memasak Sihat Yang Mudah

Panasonic Memperkenalkan Ketuhar Cubie Oven Perolakan Stim Baharu yang Menawarkan Pilihan Memasak Sihat yang Mudah bagi Mereka yang mempunyai Gaya Hidup yang Sibuk

Ketuhar Cubie Oven (NU-SC280W) baharu menampilkan kaedah memasak yang versatil dan mudah untuk kegunaan harian, bersesuaian dengan cogankata Panasonic Cooking – ‘Healthy Everyday’

Petaling Jaya, 13 Julai 2023 – Panasonic hari ini memperkenalkan produk terbaharunya, Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W), model baharu Cubie Oven dalam kapasiti 31L. Ketuhar ini direka untuk mengubah cara memasak dan menggalakkan gaya hidup sihat. Perkakas dapur tercanggih ini menggabungkan kuasa stim dengan ciri memasak yang serba boleh. Ketuhar ini juga mudah digunakan dan dibersihkan, bersesuaian dengan konsep rumah moden.

Panasonic Cooking memahami cabaran yang dihadapi oleh individu bergaya hidup sibuk & keluarga besar dalam menyediakan makanan yang sihat. Meskipun terdapat kekangan masa, tenaga dan sumber yang terhad, Panasonic Cooking menyedari betapa pentingnya untuk menyediakan hidangan berkhasiat dalam masa yang singkat, sekaligus menjadikan Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) penyelesaian praktikal dan rakan kongsi dapur yang sempurna untuk keluarga yang sibuk, terutamanya ibu yang bekerjaya.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) sebagai teman dapur yang ideal untuk individu dan keluarga yang mementingkan kesihatan atau mereka yang sedang berencana untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat,” kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

“Ketuhar Cubie baharu selaras dengan salah satu tonggak kesejahteraan – Kesejahteraan Dalaman – di bawah cogan kata jenama kami “Create Today. Enrich Tomorrow.”.

Kesejahteraan Dalaman bermula di dapur melalui pemakanan yang sihat. Dengan menyemat perkara ini di minda, kami memberi tumpuan dalam membina penyelesaian memasak yang menerapkan diet dan gaya hidup yang sihat. Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) baharu direka untuk menawarkan pengalaman memasak yang lebih mudah dan serba boleh bukan sahaja untuk individu tetapi juga keluarga besar dengan gaya hidup yang sibuk.”

Ketuhar Cubie Baharu NU-SC280W menawarkan stim berkuasa tinggi untuk gaya hidup yang lebih sihat

Ketuhar Cubie baharu (NU-SC280W) menerajui dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui fungsi stimnya yang berkuasa sehingga 120 ℃. Dengan mod stim, Cubie Oven baharu membantu menyerap gaya hidup sihat tanpa menjejaskan rasa dengan mempatri perisa dan mengekalkan khasiat penting.

Dengan stim berkuasa tinggi, perolakan 2-peringkat, dan pelbagai pilihan mod memasak. NU-SC280W mengutamakan kesihatan anda dengan mengurangkan kegunaan minyak dan mengekalkan khasiat. Keluarga besar akan menyukai kepelbagaian cirinya, berkapasiti besar, dan saiz yang kompak.

Menu memasak serba boleh dengan pembersihan mudah untuk semua

Dengan lebih daripada 70 menu memasak dan tujuh pilihan pembersihan, Cubie Oven memudahkan tugas memasak dan membuka pelbagai ruang kemungkinan di dapur.

Kebolehgunaan setiap hari menjimatkan masa anda dan memudahkan memasak

Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) baharu mudah digunakan bagi menjimatkan masa individu dengan gaya hidup yang sibuk dan keluarga besar supaya mereka dapat menikmati pengalaman memasak yang lebih mudah dan menyeronokkan. Gaya elegan dan minimalisnya sesuai dengan hiasan dapur, sama ada moden atau tradisional.

Teman dapur yang ideal untuk kediaman anda kerana ia menawarkan penyelesaian yang komprehensif untuk mengubah rutin memasak dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat untuk semua.

Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila lawati kedai pengedar sah Panasonic yang terdekat atau laman web rasmi di Cubie Oven | Panasonic Malaysia.

The post Panasonic Perkenalkan Ketuhar Cubie Oven Perolakan Stim Baharu, Tawarkan Pilihan Memasak Sihat Yang Mudah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*