Wang Bantuan Awal Persekolahan lebih RM100,000 disamun depan bank

PETALING JAYA – Murid-murid di sebuah sekolah di Beranang, terpaksa berputih mata apabila wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000 telah disamun depan sebuah bank pagi tadi.

Wang itu dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank tempatan oleh pengetua sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada pukul 10.10 pagi, secara bersendirian.

Difahamkan selepas selesai urusan tersebut pada pukul 11 pagi, pengetua terbabit meletakkan wang itu di bawah kerusi penumpang hadapan keretanya yang diparkir lebih kurang 30 meter dari bank.

Selepas itu, dia meninggalkan kereta tersebut dan ke restoran bersebelahan bank untuk membeli minuman.

Namun selepas 15 minit dan kembali ke kereta, didapati cermin kereta belakang sebelah kanan telah dipecahkan dan wang tersebut didapati hilang.

Kosmo! masih menunggu respon Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan untuk pengesahan dan maklumat lanjut tentang kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Wang Bantuan Awal Persekolahan lebih RM100,000 disamun depan bank appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*