Pandai Bergurau, Anak Ikan Pari Main Percik-percik Air Guna Mulut Curi Tumpuan Ramai

ikan pari meludah merata-rata

Pandai Bergurau, Anak Ikan Pari Main Percik-percik Air Guna Mulut Curi Tumpuan Ramai

Haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya memang diketahui mempunyai tabiat suka bergurau. Namun lain pula dengan seekor haiwan akuatik ini, apabila memilik tabiat yang serupa.

Seperti yang kita tahu, ikan pari bukanlah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sebaliknya, ikan pari lebih terkenal sebagai sumber makanan lautan yang menjadi pilihan utama warga tempatan.

Namund alam video yang tular, seekor ikan pari dilihat mempunyai gelagat menggelikan hati yang pasti mampu membuatkan sesiapa sahaja ketawa.

Ragam dan keletah ikan pari berkenaan mencuri tumpuan orang ramai selepas video ikan pari tersebut dikongsikan di TikTok oleh Afu 3108 (@shfu3108).

Dalam video berkenaan, ikan pari tersebut berulang kali dilihat seolah-olah sedang bergurau, membuat percikan air menggunakan mulutnya.

Pada mulanya, ikan pari tersebut dirakam seolah-olah sedang menyorok disebalik dinding akuarium, walaupun hakikatnya dinding akuarium tersebut adalah kaca.

Apabila mulutnya berada melebihi paras tebing akuarium, ikan pari tersebut kemudian memercikkan air menggunkan mulutnya. Tindakan itu persis seperti tindakan biasa manusia bergurau-senda ketika mandi-manda.

Kelakuan aneh lagi menggelikan hati ini ini dilakukan berkali-kali sehingga ikan tersebut berenang ke dasar akuarium semula.

Melihat tindakan ikan pari yang agak aneh ini, orang ramai di sekelilingnya terhibur dan ketawa.

@shfu3108

#粉丝一千万#pet#cute#funnyvideos#lol #funny#viral#foryou#fyp

♬ 你別笑 – FUNNY

Kenapa ikan pari tersebut berbuat demikian? Dia marah kat kita ke?

Salah satu persoalan yang berbangkit, mengapa ikan tersebut berbuat demikian? Adakah haiwan akuatik tersebut lapar dan inginkan makanan dari tuannya?

Adakah tindakan tersebut adalah sebahagian daripada mekanisme perlindungan dirinya?

Rupanya, tindakan sedemikian adalah normal bagi ikan pari. Perkara berkenaan turut dijelaskan oleh seorang pengguna TikTok yang lain dengan kata nama (@TankTake Over)

“Tindakan ini menunjukkan bahawa ikan tersebut sedang berada dalam mood bermain,” jelas pengguna TikTok itu yang juga berpengalaman dalam mengendalikan haiwan akuatik.

Beliau berkata demikian apabila terdapat pengguna TikTok bertanya berkenaan tindakan ikan parinya, Ravioli yang disifatkan agak luar biasa.

@tanktakeover

He knows he’s the favorite. #healthdepopit #cute #passthedutchie #pov #PlutoTVIsFree #stingray #saltwatertank #fypシ #popular #minions #foryou

♬ Pass The Dutchie – Sped Up Version – Musical Youth & Speed Radio

BACA: Waris Dah Boleh Tuntut RM 1000 Di BSN, Ini Syarat Nak Tuntut Skim Khairat Kematian

Sumber: @shu3108 & @TankTakeOver via TikTok

The post Pandai Bergurau, Anak Ikan Pari Main Percik-percik Air Guna Mulut Curi Tumpuan Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*