Tular Anggota Didakwa Peras Ugut Pelancong Warga China: Polis Buka Kertas Siasatan

peras ugut pelancong china

Tular Anggota Peras Ugut Pelancong Warga China: Polis Buka Kertas Siasatan

Satu siasatan telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan anggota polis yang didakwa melakukan peras ugut ke atas seorang pelancong warga China kerana gagal menunjukkan pasport, lapor Awani.

Tular di media sosial, satu rakaman klip yang berdurasi 48 saat memaparkan seorang anggota polis meminta kad pengenalan diri wanita tersebut.

Berdasarkan video, kejadian berlaku berhampiran bulatan Dato’ Onn, Kuala Lumpur di mana latar belakang klip tersebut menunjukkan papan tanda Memorial Tunku Abdul Rahman.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut menjelaskan bahawa teksi yang dinaiki olehnya telah dihentikan oleh kereta peronda polis.

Menurutnya, dia dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran dan anggota tersebut juga telah meminta mangsa menyerahkan dokumen pengenalan diri.

Kata mangsa, anggota tersebut bertindak untuk memeras ugut selepas dia gagal menunjukkan dokumen yang diminta.

Kemudian, wanita itu berkata beberapa rundingan telah dilakukan.

Tidak lama selepas itu, anggota terbabit bersetuju untuk menerima wang sebanyak RM200.

BACA: Peniaga Dinasihat Tidak Buat Promosi Mengelirukan – Polis

Polis sahkan telah kenal pasti mangsa dan suspek

Kredit: BERNAMA

Dalam pada itu, polis telah mengesahkan telah mengenal pasti individu dan anggota yang terlibat dalam kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata pihaknya akan memanggil mereka yang terlibat untuk keterangan lanjut.

“Kita akan panggil mereka untuk direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.

“Selepas kertas siasatan lengkap, kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut.

Difahamkan juga, jika disabit kesalahan anggota terbabit boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

“Ia juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hati kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” ujarnya.

Sumber: Awani

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

The post Tular Anggota Didakwa Peras Ugut Pelancong Warga China: Polis Buka Kertas Siasatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*