Pas Terengganu Perlu Tunai Janji, Laksana Hukum Hudud

pas terengganu hudud

Pas Terengganu Perlu Tunai Janji, Laksana Hukum Hudud Di Negeri Tersebut

Timbalan Ketua UMNO bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid meminta Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Terengganu melaksanakan hukum hudud di negeri itu selaras dengan janji dan perancangan asal parti tersebut seperti sebelum ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, ia dibuat berdasarkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) pada Sabtu lalu di mana majoriti memihak kepada parti itu.

“Hari ini Pas telah dapat apa yang dia nak selama ini, di mana 32 kawasan (Dewan Undangan Negeri) telah dimenangi oleh Pas.

“Jadi saya minta Pas tunaikan janji yang selama ini ingin dibawa iaitu membuat (melaksanakan) hukum hudud di Terengganu.

“Saya syorkan dan saya sarankan kerajaan Pas membuat hukum hudud di Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini pada Isnin.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, kerajaan negeri mengatakan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan di Parlimen, Terengganu akan bersedia untuk melakukan sepenuhnya hukum hudud.

BACA: Gabungan PH-BN Peroleh Majoriti Mudah Untuk Bentuk Kerajaan Di Negeri Sembilan

Menurut Exco Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat, beliau mengatakan perkara itu masuk akal untuk dilakukan kerana Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002.

Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Usul tersebut dikemukakan untuk meningkatkan bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah terhadap kesalahan di bawah jenayah syariah dan disebabkan itu RUU 355 terhasil.

Dalam pada itu, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 telah diluluskan semasa Persidangan DUN Terengganu pada 1 Disember tahun lalu dengan tujuan untuk memperkasakan undang-undang syariah di negeri tersebut.

Pindaan itu diluluskan untuk menambah baik Enakmen Kesalahan Syariah Jenayah (Takzir) Terengganu 2001, di mana merangkumi tambahan empat seksyen baharu dan 21 pindaan seksyen sedia ada.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Mahkamah Sudan Jatuh Hukuman Potong Tangan Tiga Lelaki Kerana Mencuri

The post Pas Terengganu Perlu Tunai Janji, Laksana Hukum Hudud appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*