Kuartet 4x100m Wanita Cipta Sensasi Pecah Rekod Kebangsaan, Rangkul Gangsa

4x100m wanita pingat gangsa rekod kebangsaan

Kuartet 4x100m Wanita Cipta Sensasi Pecah Rekod Kebangsaan, Rangkul Gangsa

PHNOM PENH, 10 Mei (Bernama) — Kuartet 4×100 meter (m) wanita negara bukan sahaja merangkul gangsa malah memecahkan rekod baharu kebangsaan pada Sukan SEA 2023 di sini, hari ini.

Saingan berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo menyaksikan kuartet Malaysia dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling melakar 44.58 saat (s) sekali gus memadam rekod lama iaitu 45.18s dicatat Zaidatul bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam, dan Nurul Faizah Asma Mazlan pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India pada 2017.

Pingat emas dimiliki kuartet Thailand yang merekodkan masa 44.24s manakala Vietnam pula meraih perak menerusi catatan 44.51s.

Zaidatul yang teruja dengan pencapaian tersebut berkata mereka sememangnya tidak memikirkan soal pingat namun lebih menumpukan untuk memecahkan rekod kebangsaan.

“Sudah lama kami tak buat catatan bawah 45s, bila dapat 44.58s saya sangat terkejut dan teruja kerana jauh dari rekod lama, paling hampir pun ketika di Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Singapura 45.7s bulan lepas.

“Tapi dalam masa sebulan kami dapat 44s, bagus bagi kami, terima kasih kepada jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim yang banyak bantu kami kerana beliau memang sasar untuk pecah rekod kebangsaan di Sukan SEA 2023,” katanya kepada pemberita di sini.

@radiotelevisyenmalaysia

Kami tetap bangga dengan gangsa! Good job ladies! #SukanSEAKemboja2023 #Sukansea2023RTM #Cambodia2023 #SEAGames2023

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Dalam pada itu, kuartet 4x100m lelaki negara diwakili Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa dengan catatan 39.36s.

Pencapaian kuartet Malaysia pada kali ini menyaksikan mereka gagal mempertahankan pingat perak dimenangi pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.

Indonesia yang menampilkan larian bertenaga muncul juara acara tersebut dengan catatan 39.11s untuk meninggalkan kuartet Thailand di tempat kedua dengan 39.13s.

Jonathan ketika ditemui pemberita yakin pencapaian dilakar di bumi Kemboja merupakan permulaan yang bagus untuk mereka selepas dibentuk sejak awal tahun ini.

Walaupun tidak berjaya mempertahankan perak, Muhammad Haiqal pula tetap berpuas hati kerana setidak-tidaknya dapat mengubati kekecewaan di Terbuka Singapura baru-baru ini selepas larian mereka dibatalkan susulan masalah teknikal.

“Tak dapat perak hari ini namun tetap puas hati dapat gangsa kerana mental kami memang terganggu sewaktu insiden di Singapura tempoh hari, jadi segala kesilapan di sana telah berjaya kami perbaiki di Kemboja,” katanya.

@radiotelevisyenmalaysia

Replying to @faiezahahmad Tahniah, gangsa milik Malaysia dalam acara 4x100m lelaki! 🥉🇲🇾 #SukanSEAKemboja2023 #Sukansea2023RTM #Cambodia2023 #sportliveinpeace #SEAGames2023

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

BACA: Raih Pingat Emas, Kejayaan Shereen Tamatkan Penantian Selama 24 Tahun

Sumber: Bernama

The post Kuartet 4x100m Wanita Cipta Sensasi Pecah Rekod Kebangsaan, Rangkul Gangsa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*