Patut Cari Tak Jumpa, Rupanya Ini Tempat-tempat Tak Boleh Diletak Dalam Google Maps

tempat ditambah dalam peta

Patut Cari Tak Jumpa, Rupanya Ini Tempat-tempat Tak Boleh Diletak Dalam Google Maps

Bayangkan, pada satu hari yang indah anda memuat naik satu video di media sosial untuk mempromosikan kedai yang baru sahaja dibuka.

Tiba-tiba, telefon pintar anda yang selalunya sunyi dipenuhi dengan bunyi menandakan notifikasi telefon telah masuk.

Rupa-rupanya, video yang anda muat naik itu telah meraih perhatian warga maya dan rata-rata soalan yang diterima ialah ‘kedai di mana?’.

Anda yang baru berkecimpung dalam bidang tersebut semestinya panik kerana alamat kedai masih belum dikemas kini di dalam Google Maps atau Waze.

Nak bagi arahan untuk sampai di kedai pun agak susah kerana tidak semua biasa dengan kawasan perumahan anda, jadi nak tak nak memang kena tambah alamat kedai dalam pemetaan web.

Tapi sebelum itu, anda tahu tak, tak semua tempat boleh ditambah dalam peta? Sebab itu kadang-kadang bila kita cari memang tak jumpa pun tempat itu.

Jadi, perkongsian SK kali lebih menjurus kepada tempat yang tidak boleh ditambah dalam peta. Pastikan anda tahu perkara ini, kalau tidak memang terpaksa bagi arahan untuk sampai ke tempat yang ingin dituju secara manual.

Kalau nak tahu, terdapat beberapa jenis tempat yang anda tidak boleh tambah dalam peta.

Antaranya, ialah tempat tersebut tidak mempunyai lokasi tidak tetap, penyenaraian yang tidak kekal, tiada kewujudan fizikal, penyenaraian dan premis peribadi serta bukan untuk awam.

BACA: Petaling Street Masuk Senarai “The Notorious Market List” Amerika

Lokasi tidak tetap

Kebiasaannya, lokasi tidak tetap ini terjadi semasa peniaga atau penjual berpindah ke kawasan yang lain disebabkan oleh terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.

Sekiranya sebuah perniagaan ditutup ‘sementara’ selama lebih daripada dua minggu, ia juga tidak boleh ditambah dalam peta.

Hal ini kerana boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

Seterusnya, perniagaan haram di negara atau negeri tertentu. Peniaga menjual barangan yang tidak sepatutnya dijual kepada umum sebagai contoh dadah.

Perlu tahu juga, seseorang tidak boleh menambah kawasan dalam peta jika ia adalah tempat untuk disewa atau dijual

Peta digunakan hanya untuk memberi arah kepada perniagaan yang masih berjalan dan kerana itu juga perniagaan bermusim tanpa lokasi tetap serta ia berulang adalah tidak dibenarkan ditambah dalam peta.

Kredit: BERNAMA

Kemudian, individu melakukan acara sementara, iaitu sekali sahaja seumur hidup. Perkara sebegini tidak boleh ditambah kerana ia bersifat tidak kekal.

Selain itu, melakukan rumah percutian tanpa pengurusan tetap di tapak. Individu mahu melakukan perniagaan inap desa namun tidak menyewa di tapak tersebut.

Seterusnya, peta turut tidak membenarkan perkhidmatan hiburan dewasa (jika haram di negara) ditambah pada peta.

Penyenaraian yang tidak kekal

Dalam kategori ini, ia lebih menumpukan tentang acara atau perniagaan bermusim yang berulang namun tidak mempunyai lokasi yang tetap.

Sekiranya ini terjadi, digalakkan kepada individu tersebut menyewa tempat yang dikenali ramai kerana ia lebih mudah.

Bukan kedai sahaja yang tidak boleh ditambah malah jalan yang berlubang juga tidak dapat diletakkan dalam peta susulan ia adalah penyenaraian yang tidak kekal.

Hari ini mungkin jalan berlubang, esok kemungkinan telah ditampal oleh pihak berwajib.

Tiada kewujudan fizikal

Apabila bercakap mengenai premis fizikal ini selalunya ia berkait rapat dengan perniagaan dalam talian. Jadi, jika dalam talian ia memang tidak mempunyai kewujudan fizikal melainkan ia ada menyatakan premis tersebut mempunyai kedai fizikal.

Yang tidak mempunyai premis fizikal ialah pusat panggilan dan juga perniagaan dalam talian sahaja, seperti yang dinyatakan Google Support.

Penyenaraian dan premis peribadi 

Kategori ini membincangkan tentang premis peribadi seperti rumah selebriti dan juga rumah anda.

Tidak menjadi isu untuk meletakkan alamat rumah namun untuk nyatakan secara khusus seperti ‘rumah Lady Gaga’ dalam peta adalah tidak dibenarkan.

Jika nak pergi ke rumah selebriti itu, hanya taipkan sahaja alamat rumahnya.

Bukan untuk awam

Kredit: Media Kini

Butiran tentang pertubuhan tentera atau sensitif seperti pangkalan peluru, depoh peluru berpandu, berek tentera atau loji kuasa nuklear yang tidak diketahui umum atau tidak boleh ditemui di tapak web rasmi atau kerajaan.

Sumber: Google Support

The post Patut Cari Tak Jumpa, Rupanya Ini Tempat-tempat Tak Boleh Diletak Dalam Google Maps appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*