Scotland Lancar Bas Tanpa Pemandu Bulan Depan

Bas Tanpa Pemandu

Scotland Lancar Bas Tanpa Pemandu Bulan Depan

EDINBURGH — Scotland dilaporkan bakal menlancarkan perkhidmatan bas tanpa pemandu (driverless) bermula bulan depan, lapor BBC News.

Difahamkan, Projek CAVForth merupakan sistem pengangkutan pertama dilancarkan di dunia.

Pengarah urusan Stagecoach UK Carla Stockton-Jones berkata bas berkenaan akan beroperasi pada 15 Mei dengan melakukan perjalanan sejauh 14 batu termasuk melalui Jambatan Jalan Forth.

Antara destinasi perhentian bas itu termasuklah taman Ferrytoll, stesen kereta api Fife dan Edinburgh Park serta persimpangan trem. Sebanyak lima buah bas akan disediakan dengan kapasiti 10,000 penumpang setiap minggu.

“Kami teruja untuk memperkenalkan perkhidmatan bas pandu sendiri pertama UK di timur Scotland. Ia juga merupakan rumah kepada ibu pejabat kami yang bermula lebih 40 tahun lalu.

“Kami berbangga kerana berada di barisan hadapan dalam inovasi pengangkutan projek ini. Pencapaian ini merupakan penanda aras penting dalam pengangkutan awam.

“Dan kami berharap dapat mengalu-alukan pelanggan kami menaikinya dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

BACA JUGA: Pemuda Tolak Tawaran Tiga Universiti, Demi Kejar Cita-cita Jadi Pemandu Bas

Menteri Pengangkutan Scotland, Kevin Stewart berkata ia merupakan sejarah penting dalam projek inovatif.

“Saya sangat berharap untuk melihat Projek CAVForth ini beroperasi di jalan raya bulan depan.

“Rangkaian jalan utama kami juga menyediakan pelbagai persekitaran untuk menguji sistem ini dan projek pecah tanah. Ia amat penting dalam membantu Scotland mewujudkan kelayakan di peringkat dunia,” katanya.

Sementara itu, kerajaan United Kingdom berkata Projek CAVForth itu bakal menjadi perkhidmatan bas awam pandu sendiri bersaiz penuh yang pertama di dunia.

Ciri-Ciri Bas Tanpa Pemandu 

Teknologi baharu itu mempunyai sistem pengesan yang membolehkan ia bergerak di jalan yang telah dipilih pada kelajuan 50mph.

Walaupun perkhidmatan itu tidak memerlukan tenaga kerja, namun dua kakitangan akan ditempatkan di dalam bas tersebut.

Hal ini bagi seorang (pemantau keselamatan) memantau teknologi berkenaan dan seorang lagi (kapten bas) akan bertindak membantu penumpang menaiki, membeli tiket dan sebarang pertanyaan.

Sumber: BBC News

The post Scotland Lancar Bas Tanpa Pemandu Bulan Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*