PDRM Nafi Tahan & Panggil Sanusi Sekali Lagi

pdrm panggil sanusi sekali lagi

PDRM Nafi Tahan & Panggil Sanusi Sekali Lagi 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menafikan laporan berita yang menyebut bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan sekali lagi.

Penafian tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media oleh Ketua Komunikasi Koporat PDRM, ACP A. Skandaguru yang dimuat naik di laman Facebook agensi tersebut.

”PDRM menafikan laporan berita yang menyatakan Menteri Besar Kedah Sementara, Datuk Seri Mohd Sanusi Mohd Nor ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan hari ini.

”Tiada pihak dari Bukit Aman, peringkat Kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah di Kedah yang melakukan tindakan seperti yang dilaporkan,” katanya.

Kenyataan tersebut dimuat naik di laman Facebook rasmi PDRM kira-kira 10.30 malam tadi.

pdrm panggil sanusi sekali lagi
Kredit: Bernama

BACA: Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Sumber: Polis Diraja Malaysia via Facebook

 

The post PDRM Nafi Tahan & Panggil Sanusi Sekali Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*