Honda & GM Mula Keluarkan Teknologi Sel Bahan Api Hidrogen

GM & Honda

Honda & GM Bergabung Keluarkan Sel Bahan Api Hidrogen

Fasiliti Fuel Cell System Manufacturing (FSCM), hasil kerjasama Honda dan General Motor (GM) dilapor memulakan pengeluaran sel bahan api hidrogen pertamanya.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Honda sendiri menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

“Ini adalah hari yang bersejarah bagi industri kerana GM dan Honda adalah kerjasama pertama yang berjaya mengeluarkan sistem bahan api ini,” kata kenyataan itu.

Menurut Honda, fasiliti seluas 70,000 kaki yang dibina di Michigan itu dijayakan menerusi pelaburan awal bernilai USD85 juta (RM404 juta) kedua-dua syarikat.

Ia bertujuan menyediakan penyelesaian sistem sel bahan api hidrogen berkelas dunia kepada kedua-dua syarikat antaranya teknologi dalam dunia pengangkutan dan pelbagai lagi.

“Kami memulakan perjalanan ini dengan bahan mentah untuk membran dan elektrod, seterusnya kepada pembangunan sistem bahan api yang lengkap.

“Pelaburan dan komitmen berterusan oleh kedua-dua syarikat memacu kejayaan di FCSM. Komitmen ini sejajar dengan misi kami untuk menghasilkan sistem sel bahan api hidrogen berkualiti tinggi, tahan lama dan mampu milik untuk pelanggan,” kata Presiden FCSM, Suheb Haq pula.

Dalam pada itu, naib presiden FCSM, Tetsuo Suzuki berkata bahawa kerjasama itu juga telah menghasilkan sistem pengeluaran yang paling berkebolehan.

“Kami menggabungkan kekuatan Honda dan GM untuk mencipta sistem pengeluaran paling berkebolehan dalam usaha sama ini.

“Fasiliti ini bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam mengaplikasikan teknologi sel bahan ini dan permulaan era hidrogen,” kata Tetsuo dalam kenyataan yang sama.

Telah mula bekerjasama sejak 2013 lalu

Difahamkan, jurutera Honda dan GM mula bekerjasama dalam pembangunan sistem sel bahan api generasi akan datang itu sejak 2013 yang lalu.

Selain memajukan prestasi sistem sel bahan api, GM dan Honda juga bekerjasama dalam menggandakan ketahanan sistem berkenaan berbanding teknologi Honda Clarity Fuel Cell 2019.

Kerjasama dua syarikat itu turut menumpukan kepada mengurangkan kos pembangunan dan pembuatan dengan memanfaatkan skala ekonomi.

Ia juga termasuk dalam memajukan reka bentuk sel, memudahkan peralatan tambahan sokongan, menggunakan sumber biasa. Kos itu juga dijangka mengurangkan penggunaan logam berharga yang mahal.

Melalui kerjasama itu juga, sistem sel bahan api baharu dipercayai akan menjadi dua pertiga lebih murah untuk dibuat. Perbandingan itu dapat dibuat dengan kos sistem sel bahan api dalam Honda Clarity Fuel Cell 2019.

Sementara itu, GM dan Honda juga percaya bahawa teknologi hidrogen dan sel bahan api terbaru itu akan memainkan peranan yang penting pada suatu hari nanti.

Ia mungkin dapat memenuhi pelbagai jenis keperluan tenaga bebas pencemaran dan mobiliti di masa hadapan.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Honda

The post Honda & GM Mula Keluarkan Teknologi Sel Bahan Api Hidrogen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*